USAHAWAN SIMKAD TONEEXCEL
Nama | : Siti Nooreta Binti Mior Hasan |
Umur | : 49 |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Puan Siti Nooreta telah mengunakan dan mempromosi Simkad ToneExcel kepada kenalan dan pengunjung Pusat Internet Kalumpang. Simkad ToneExcel merupakan produk yang dapat mendatangkan pendapatan secara pengunaan Simkad dan mendapat kelebihan seperti diskaun 5% - 30% menginap di Tune Hotel.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan ICT iaitu laman sosial seperti Facebook beliau perlu pergi ke satu tempat ke tempat lain untuk bertemu dengan pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas ICT dan belajar penggunaan laman sosial iaitu Facebook urusan perniagaan beliau menjadi mudah dan menjimatkan kos kerana berkomunikasi dengan pelanggan melalui Facebook. Antara yang di pelajari di PI Kalumpang adalah Kursus MyShop, mempelajari pendedahan awal tentang perniagaan, latihan asas media baru iaitu Facebook dan Microsoft Word mempelajari cara membuat resume dan Microsoft Excel mempelajari membuat belanjawan.
Pn Nooreta mengikuti kelas Myshop dan promosi Media Sosial Puan Nooreta
USAHAWAN ANDAMAN/KOSMETIK
Nama | : Ashiqen Binti Abd Halim |
Umur | : 34 |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Ashiqen telah mula menceburi di dalam bidang makeup artist pada permulaannya sekadar mengisi waktu lapang setelah berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa sejak 2013.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan sampingan sekitar RM200 ke RM500 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan mencecah RM1,000.00 – RM3,000.00 (musim perkahwinan). Puan Ashiqen setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, dapat mempromosikan perniagaan beliau melalui medium online seperti Facebook dan Instagram dengan lebih berkesan. Antara yang di pelajari di PI Kalumpang adalah mempelajari teknik pemasaran online yang sesuai untuk media sosial (facebook, Instagram, whatsapp), mempelajari teknik copywriting yang betul bagi promosi di mesia sosial dan mempelajari teknik fotografi dan videografi yang betul bagi mendapatkan gambar yang menarik bagi perniagaan.
Pn Ashiqen mengikuti kelas di PI dan promosi Media Sosial Puan Ashiqen
USAHAWAN MAKANAN, PAKAIAN DAN KOSMETIK
Nama | : Siti Nazerah Binti Mohamad Jelani |
Umur | : 29 |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Memulakan perniagaan online selama 5 tahun. Sumber produk diperoleh dari pengusaha lain dan menjual secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan sebanyak RM300.00 - RM500.00 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini pemasaran secara atas talian lebih meluas. Pelanggan juga bertambah ramai dengan kaedah penjualan yang betul. Pendapatan juga bertambah kepada RM700.00 – RM1000.00 sebulan. Antara yang di pelajari di Pusat Internet adalah pemasaran melalui media sosial, mempelajari cara mengambil tempahan melalui Facebook dan mempelajari Ms Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/rugi.
Pn Nazerah mengikuti kelas di PI dan promosi Media Sosial Puan Nazerah
BELAJAR ASAS MICROSOFT OFFICE DAN E-PEMBELAJARAN
Nama | : Mazlina Bt Md Fadli |
Umur | : 37 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Mazlina adalah suri rumah yang membuat perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah dan bersemangat untuk meningkatkan pengetahuan dalam ilmu ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pengetahuan terhadap penggunaan komputer pada tahap sangat rendah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, pengetahuan ICT terutama penggunaan Microsoft Office semakin meningkat dan dapat membantu di dalam perniagaan.
Pn Mazlina mengikuti kelas di PI Kalumpang
USAHAWAN ONLINE PRODUK NATURAL
Nama | : Fazliana Bt Ahmad Zawawi |
Umur | : 37 |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Bermula dengan produk natural untuk kegunaan sendiri. Mula mendapat idea untuk memasarkan produk natural jenama Ronella (essential oil dan balm bayi) secara online setelah melihat banyak permintaan terhadap produk natural.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan sekitar RM500.00. Jumlah pelanggan sebulan sekitar 30 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan mencecah RM3,000.00 – RM5,000.00 sebulan. Jumlah pelanggan sebulan dalam 100 – 150 orang. Pendapatan konsisten setiap bulan dengan penggunaan ICT (media sosial dan laman web). Beliau mempelajari teknik pemasaran online yang sesuai untuk media sosial (facebook, Instagram, whatsapp) dan juga headline / copywriting yang boleh menarik perhatian pelanggan di Pusat Internet. Pusat Internet juga telah membimbing dan membantu Puan Fazlina dengan membantu menyediakan platform untuk mempromosikan produk, kelas Bimbingan ICT dan video menghadiri kelas di page PI Kalumpang meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan beliau.
Pn Fazliana mengikuti kelas di PI dan promosi Media Sosial dan Produk Puan Fazliana