SELAMAT DATANG KE PORTAL PUSAT EKONOMI DIGITAL KALUMPANG

 

Pusat Ekonomi Digital Kalumpang

Pusat Ekonomi Digital Kalumpang merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan projek kerjasama di antara SKMM, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd bertujuan untuk membekalkan komuniti setempat khususnya masyarakat luar bandar dengan capaian internet jalur lebar selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua masyarakat  tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Program ini dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) dan telah dimulai secara berperingkat sejak tahun 2013. Dahulunya, ia lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).

Di antara objektif penubuhan Pusat Ekonomi Digital Kalumpang adalah:

1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

3. Membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi melalui kemudahan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Kalumpang.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar selaras dengan hasrat kerajaan.

 

Sub-kategori

Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Nuur Syafiqah binti Bakri (Pengurus) / Siti Zaharah binti Haji Abdul Mutalib (Penolong Pengurus)
Alamat:
Pusat Ekonomi Digital Kalumpang
Balairaya Kg Gumut
Kalumpang
Selangor
44100 Kerling
Hulu Selangor
Selangor
Malaysia
Mudah alih:
013 - 735 0531 / 011 - 4073 4665
http://kalumpang.pjk.com.my/
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.