USAHAWAN PERKHIDMATAN JURULATIH SENAMROBIK

Nama : Siti Norhayati Bt Abdul Ghani
Umur : 36
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norhayati baru membuka perniagaan senamrobik sejak tahun 2016.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI, saya kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta hanya mengetahui pengenalan asas dalam menggunakan komputer. Saya juga tidak tahu dengan adanya ilmu ICT ini membolehkan kita untuk berniaga secara online dan dapat mempromosikan produk dengan langkah yang mudah di laman sosial seperti facebook, blog dan juga email. Dengan penggunan ICT ini memudahkan perniagaan saya yang sememangnya memerlukan penggunaan ini dari proses menerima tempahan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya mula mengikuti kursus asas komputer untuk menambahkan lagi kemahiran serta ilmu dalam penggunaan komputer dengan lebih baik. Saya juga mengikuti Latihan Keusahawanan di PI. Dalam latihan ini, saya dapat belajar cara-cara mempromosikan perkhidmatan saya kepada pelanggan dengan langkah yang mudah dan berkesan. Melalui kaedah yang mudah ini saya dapat mempromosikan perkhidmatan saya di laman sosial seperti Instagram, facebook, dan ini dapat membantu saya menerima tempahan daripada pelanggan secara meluas diseluruh negeri. 

 Webp.net-resizeimageWebp.net-resizeimage 1

 Puan Hayati mengikuti Program Latihan Keusahawanan dan terlibat di dalam aktiviti kesukanan di PI Kalumpang

 

USAHAWAN MAKANAN BUATAN SENDIRI

Nama : Norlila binti Ariffin
Umur : 47
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Nolila menjual serunding halia dan juga makanan sejuk beku secara kecil-kecilan sekiranya terdapat tempahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sekitar RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan sekitar 50-60 orang sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norlila setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau mempunyai Facebook, Shopee dan Instagram. Manakala, pelanggan beliau kini dari seluruh negara disamping berpendapatan setiap bulan mencecah RM1000-2000 mengikut musim. Permintaan lagi tinggi sekiranya pada hari raya dan bulan puasa.

 norlila1norlila3

Antara Kelas Usahawan Yang Disertai Oleh Pn.Norlila dan promosi di Facebook Page

 

norlila2

Antara Produk Di Shopee

 

BELAJAR ASAS ICT

Nama :Siti Zaharah Binti Haji Mutalib
Umur : 31 tahun
Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Zaharah merupakan lepasan ijazah yang sentiasa bersemangat untuk menambahkan lagi pengetahuan disamping mengingati segala yang dipelajari semasa di universiti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Banyak perkara yang dipelajari di Universiti telah terlupa dan tidak dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian terutama untuk perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, pengetahuan ICT terutama penggunaan Microsoft Office semakin meningkat.

zaharah1

Puan Zaharah menyertai kelas ICT di PI Kalumpang

        

USAHAWAN PRODUK KULIT

Nama : Mohd Ismail bin Yumar
Umur : 44
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Encik Ismail memproses kulit haiwan secara kecil-kecilan mengikut tempahan sejak tahun 1998 lagi. Sekarang Encik Ismail mula menceburi bidang penghasilan barangan yang berasaskan kulit.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menyediakan perkhidmatan secara kecil-kecilan sahaja dan belum dikomersialkan kepada orang ramai.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Ismail setelah dibantu oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau dikenali ramai terutamanya di media sosial Facebook. Manakala, pelanggan beliau kini dari seluruh negara dan mempunyai pelanggan tetap sehingga kini. Jenama terkenal juga pernah mendapatkan perkhidmatan beliau.

ismail1ismail2

Antara kelas usahawanan yang disertai oleh Encik Ismail dan promosi di Facebook Page

 

BELAJAR ASAS ICT

Nama : Muhammad Khalis Saufi bin Mohd Suffian
Umur : 5 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Adik Khalis Saufi merupakan seorang kanak-kanak yang ingin meningkatkan pengetahuan semasa mengenai ICT. Memandangkan adik Khalis Saufi masih kecil tetapi minat untuk belajar secara online menarik perhatian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan terhadap penggunaan komputer pada tahap asas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, pengetahuan ICT terutama pembelajaran secara e-learning membantu adik Khalis Saufi lebih minat untuk belajar.

khalissaufi

Adik Khalis Saufi mengikuti kelas di PI Kalumpang