Di Kalumpang, terdapat beberapa institusi pendidikan yang disediakan untuk penduduk setempat bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah kepada bidang kemahiran. Selain itu, terdapat Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang menjadi pusat sehenti guru-guru setempat untuk berkongsi kemahiran dan mendapatkan prasarana dalam memacu profesionalisma perguruan.

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kalumpang

Pra Sekolah:

     1. Pra Sekolah
        - SK Kalumpang
        - SJKC Kalumpang
 
     2. Tadika Perpaduan
         tbkperpaduan
 
     3. Tabika KEMAS
 
        - Tabika KEMAS Kg.Gumut 
          tbkkemas-kg
 
 
        - Tabika KEMAS Kg. Gumut Tambahan
          tbk4 kgt
 
 
        Tabika KEMAS Kg. Pasir Putih
          tbkkemas-kpp
 
 
        Tabika KEMAS Kg. Keliang
 

Sekolah Rendah:

     1. Sekolah Kebangsaan Kalumpang 
     2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kalumpang
     3. Sekolah Rendah Agama Kalumpang 

 

Sekolah Menengah:

    1. Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang

 

Bidang Kemahiran:

     1. Pusat GIATMARA Hulu Selangor
     2. Pusat Latihan Pertanian Kalumpang (PLPK)

 


Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kalumpang

Alamat

PKG Kalumpang, d/a SK Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bahru, Selangor.

No. Tel

03-60492957

No. Faks

03-60492957

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Blog

https://pkgkalumpang2.wordpress.com

Waktu Perkhidmatan

Isnin hingga Jumaat
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.30 petang

Sekolah Ahli

11 buah
SMK Kalumpang
SK Kalumpang
SK Kerling
SK Lembah Beringin
SK Hulu Bernam
SJKC Kalumpang
SJKC Kerling
SJKT Kalumpang
SJKT Changkat Asa
SJKT Ladang Escot
SJKT Ladang Kerling

Staf PKG

4 orang

Matlamat Penubuhan

Meningkatkan kualiti pendidikan sekolah-sekolah setempat melalui taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan pembangunan negara kita.

Visi

Menerajui transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi

Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan

Motto

PKG: Peneraju Kebitaraan Guru

 

Kebitaraan: Tiada tandingannya. Mempunyai nilai-nilai integriti, professional, kreatif dan inovatif. Semangat berpasukan berorientasikan pelanggan serta prihatin kepada kebajikan anggota.

Perkhidmatan yang ditawarkan

ICT

- Meja Bantuan Aras 1
- Khidmatbantu ICT
- 1BestariNet
- Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
- Frog VLE
- Pembestarian Sekolah
- Penarafan ICT: SSQS
- Selenggaraan ICT: Perkakasan / Sistem / Aplikasi / Konfigurasi Rangkaian / - STS
- Pelupusan dan penggantian aset
- Makmal komputer / bahasa / MBMMBI
- Portal / Laman Sesawang
- Inisiatif ICT sekolah
- Kompetensi / Kemahiran Aplikasi
- Kolaborasi Maya
- Outreach pembestarian sekolah

 

PSS

- Khidmatbantu PSS
- PSS Cemerlang
- Pusat Akses Sekolah
- Penarafan PSS: i-NILAM / iQ-PSS
- Gerakan Membaca: NILAM / KM1M
- Literasi Maklumat

 

Media

- Khidmatbantu Teknologi Pendidikan
- MBMMBI
- EduwebTV
- Kampus ASTRO
- CDRI
- Penerbitan Resos P&P
- Duplikasi Resos P&P
- Bahan Inovasi
- Bahan Promosi
- Best Teaching Practice
- Fotografi & Videografi
- Grafik Digital
- e-Bahan

 

Perkhidmatan Umum

- Pinjaman & penggunaan peralatan, bahan cetak & bukan cetak
- Khidmat bantu, nasihat dan kepakaran teknologi pendidikan
- R&D / Kajian Tindakan
- Kursus / Bengkel / Seminar / Projek
- Lawatan Penanda Aras
- Sosial & kebajikan

Sejarah

PKG ditubuhkan untuk merapatkan jurang prasarana yang menyebabkan wujud ketidakseimbangan pencapaian serta jurang kualiti pengajaran dan pembelajaran (PnP) antara sekolah bandar dan luar bandar. PKG berperanan membantu guru menghadapi pelbagai tuntutan PnP masa kini seperti ledakan inovasi, teknologi, dan prasarana serta menggabungkan kepakaran dan idea tenaga pengajar daripada sekolah anggota yang menyertai PKG.

                             

PKG bermula sebagai Pusat Sumber Tempatan (PST) pada tahun 1978 di 302 buah sekolah. Ia kemudian dikenali sebagai Pusat media Daerah (PMD) pada tahun 1981, sejajar dengan penubuhan 4 buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.Ia dikenali pula sebagai  Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) pada tahun 1986 yang berperanan menawarkan pinjaman alatan berasaskan teknologi pendidikan (teknopen) dan bahan-bahan PnP kepada guru-guru luar bandar untuk merapatkan jurang pencapaian pelajar. Pada tahun 1990, ia dikenali sebagai PKG di mana 200 buah bangunan sendiri telah dibina manakala 150 lagi menggunakan bangunan sekolah menggunakan dana daripada Bank Dunia. PKG diletakkan di bawah BTPN dan BTP dan pernah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam pada tahun 1995.

 

PKG Kalumpang terletak di dalam kawasana SK Kalumpang. Dahulunya ia menggunakan 2 buah bilik darjah namun pada tahun 1990, blok bangunan PKG telah dibina serta dilengkapi pelbagai perabot dan peralatan untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah ahli.

Sumber

https://pkgkalumpang2.wordpress.com/

 


 
SK Kalumpang
skk3
 

Kod Sekolah

BBA 5011

Alamat

SK Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

No. Tel

03-60491866

No. Faks

03-60491866

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Guru Besar

Encik Hamzah bin Salleh

Guru Lelaki

8

Guru Wanita

44

Murid Lelaki

358

Murid Perempuan

294

Logo Sekolah

 skk1 

Warna dan Simbol

Perlambangan

Merah dan Kuning

Warna bendera Selangor

Putih

Sifat bersih dan jujur

Biru

Suasana aman dan makmur

Obor dan Buku

Aspek ilmu pengetahuan

Rantaian Bulatan

Kekuatan perpaduan

 

Lagu Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kalumpang
Tempat kita menambahkan ilmu
Ilmu suluh kemajuan
Cogan kata sekolah kita
Usaha itu tanda kejayaan
Membina kearah kesejahteraan
Kita harus berusaha
Masa depan kita berjaya
Jasa guru-guru
Kami tetap sanjungi
Berbakti kepada ibu pertiwi
Itulah cita-cita kami
Bahasa Malaysia asas perpaduan
Budaya murni membentuk insan
Arah kesempurnaan
Ilmu suluh kemajuan

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Kalumpang dibuka pada 4 Mac 1889 dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Kalumpang. Ia didirikan di tapak lamanya yang kini merupakan Pusat Giat MARA Kalumpang. Tenaga pengajar pada waktu itu seramai 2 orang sahaja dan Guru Besar pertama ialah Encik Mohd. Ali bin Minangkabau.

 

Sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1941, sekolah ini dijadikan Pusat Tentera Jepun. Bahasa Jepun juga telah diajar kepada pelajar.

 

Pada tahun 1946 sehingga 1954, ia dikenali sebagai Sekolah Latihan Kalumpang. Tenaga pengajarnya merupakan pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim yang menjalani latihan selama satu penggal.

 

Pada tahun 1954, ia dikenali pula sebagai Sekolah Umum Kalumpang. Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru terlatih namun masih menerima pelatih dari IPSI (MPSI bertukar status kepada IPSI).

 

Pada tahun 1962 barulah ia dikenali dengan Sekolah Kebangsaan Kalumpang. Pada tahun 1957, SKK telah berpindah ke tapak bangunan baru di kawasan Taman Titiwangsa (dahulunya dikenali sebagai kawasan Rumah Murah Kalumpang).

 

SKK dirasmikan pada 1980 oleh wakil Menteri besar Selangor, Encik Zainal bin Sakom. Sekolah ini turut dijadikan Pusat Latihan RELA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sumber

 


 
SJKC Kalumpang
sjkc6
 

Kod Sekolah

BBC 5029

Alamat

SJK (C) Kampung Baru Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bahru, Selangor.

No. Tel

03-60491664

No. Faks

 

E-mel

 

Guru Besar

 

Guru Lelaki

4

Guru Wanita

17

Murid Lelaki

114

Murid Perempuan

108

Logo Sekolah

 sjkc5

Sejarah

SJK(C) Kalumpang telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1930 an di Pekan Lama Kalumpang dan dikenali sebagai “Wah Chiau”. Ia kemudian dikenali sebagai Sekolah Cina Kampung Baru. Pada tahun 1960an, ia dikenali sebagai SRJK(C) Kalumpang. Sehingga November 1992, tugas Guru Besar yang digalas oleh Encik Lok Khuan Chan telah diambil alih oleh Cik Tai Ah Eng. Pada Jun 1994-1997, beliau digantikan oleh Encik Hoo Kun You. Pada tahun 1998-2002, beliau digantikan oleh Encik Phang Ah Te. Seterusnya pada tahun 2003, Puan Yong Siong Yeen telah mengambil alih tugas sebagai Guru Besar SRJK(C) Kalumpang.

Sumber

http://sjkckalumpang.tripod.com/all.htm

https://pkgkalumpang2.wordpress.com/sekolah-ahli/sekolah-jenis-kebangsaan-cina/

 


 
SRA Kalumpang
sraka1
 

Kod Sekolah

 

Alamat

SRA Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bahru, Selangor.

No. Tel

03-60493379

No. Faks

 

E-mel

 

Guru Besar

 

Guru Lelaki

 

Guru Wanita

 

Murid Lelaki

 

Murid Perempuan

 

Logo Sekolah

 sraka

Sejarah

 

Sumber

 

 


 
SMK Kalumpang
smkk2
 

Kod Sekolah

BEA 5064

Alamat

SMK Kalumpang, Jalan Rumah Murah Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

No. Tel

03-60491676

No. Faks

03-60491629

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengetua

Puan Lan Rasni bt Talib

Guru Lelaki

24

Guru Wanita

22

Murid Lelaki

294

Murid Perempuan

307

Logo Sekolah

 smkk1

Sejarah

SMK Kalumpang telah dibina di atas tanah lombong yang telah ditimbus dan berkeluasan 97,452 persegi. Ia dibuka pada 25 Jun 1982 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah kerana mempunyai seramai 154 orang pelajar peralihan hingga tingkatan 3 sahaja dengan kekuatan 9 orang tenaga pengajar dan 4 orang pekerja.Pada tahun 1990 sebuah kelas tingkatan 4 Sastera diwujudkan.

 

Pada waktu itu, hanya terdapat 4 blok bangunan termasuk kantin,kelas Seni Perusahaan, 1 blok menempatkan pejabat, bilik guru dan beberapa buah bilik darjah serta1 blok bangunan lagi mengandungi bilik Pusat Sumber dan bilik darjah. Pengetua pertama ialah Encik Md. Haniff bin Taif.

                                                                 

SMK Kalumpang telah menerima tambahan bangunan tiga tingkat dan kini turut dilengkapi makmal Biologi, Kimia dan Fizik. Selain itu, makmal ICT turut dibina untuk menampung keperluan pembelajaran pelajar. Kemudahan surau turut disediakan selain  tempat letak kereta juga diperluas

Sumber