Kelamai / Gelamai
Kelamai / Gelamai merupakan makanan tradisi masyarakat *Rao atau Rawa yang sangat popular ketika sambutan lebaran. Ia merupakan kuih tradisi seakan-akan dodol dan menggunakan tepung pulut, gula merah, santan, kerisik, tahi minyak dan gula putih. Bahan adunan yang digunakan dipanggil ‘omei’.
Cara pembuatan Kelamai / Gelamai sama seperti membakar lemang, cuma buluh yang digunakan akan dibuang kulitnya terlebih dahulu. Buluh yang digunakan lebih besar dan ruasnya pendek berbanding buluh lemang. ‘Omei’ disediakan dengan mencampurkan beras pulut dengan gula merah sebelum dicampurkan dengan kerisik, tahi minyak dan gula putih. ‘Omei’ akan diperap terlebih dahulu selama tiga hari sebelum dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar dengan bara api sehingga masak.
* Etnik Rao atau Rawa merupakan suku bangsa Melayu yang mempunyai jalur keturunan dari Sumatera Barat dan mendiami kawasan Kalumpang melalui penghijrahan sekitar tahun 1867-1873.
Sumber: http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/MisteriEtnik_MelayuRawa/Article/print_html
- Seterusnya
- Seterusnya >>