Spiritual

Antara aktiviti yang melibatkan kaum wanita di Kalumpang ialah Kumpulan Marhaban. Dikenali dengan kumpulan Marhaban Irsyadunnas, kumpulan ini bergiat aktif menerima undangan di sekitar Kalumpang untuk sebarang majlis keraian seperti kenduri kahwin dan cukur jambul.

 

Keusahawanan

Selain itu, wanita di Kalumpang turut terlibat dalam kegiatan keusahawanan dan ekonomi. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kalumpang menjadi platform terbaik bagi wanita di Kalumpang untuk meningkatkan pendapatan isi rumah melalui aktiviti perniagaan. Dengan adanya Amanah Ikhtiar Malaysia, usahanita Kalumpang mendapat manfaat melalui pembiayaan kewangan serta latihan dan bimbingan untuk memulakan perniagaan. Perjumpaan mingguan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kalumpang kerap diadakan seperti ketetapan berikut:

      Hari         :  Setiap hari Selasa
      Masa       : 11.00 pagi
      Tempat    : Balai Raya Kampung Pasir Putih Kalumpang
 
Antara aktiviti bersama dengan PEDi Kalumpang adalah:
 
1. Mesyuarat AJK Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
2. Kursus Penanaman Rockmelon
 
  
 
Pusat Wanita Berdaya
 
Pusat Wanita Berdaya adalah untuk memberdaya atau membudayakan wanita Selangor menuju satu matlamat utama iaitu memperoleh kesaksama gender, keadilan sosial dan kesejahteraan.
 

Memberdaya Wanita Selangor dilaksanakan bagi memenuhi objektif penting berikut:

1. Membina jati diri wanita yang dinamik,
2. Memupuk sifat daya saing wanita,
3. Membangunkan sifat berperikemanusiaan,
4. Mengembangkan ilmu yang diperlukan,
5. Melahirkan wanita yang berketerampilan,
6. Memperoleh kesaksamaan gender,
7. Turut sama di dalam keadilan sosial,
6. Melahirkan wanita yang berupaya mendorong individu di sekeliling mereka turut bersama-sama memberdaya Wanita Selangor.

 

Sumber : http://wanita.selangor.gov.my/

 

Antara aktiviti bersama dengan PEDi Kalumpang adalah :

 

1. Kursus Asas Adobe Photoshop