USAHAWAN SIMKAD TONEEXCEL

Nama : Siti Nooreta Binti Mior Hasan
Umur : 49
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Siti Nooreta telah mengunakan dan mempromosi Simkad ToneExcel kepada kenalan dan pengunjung Pusat Internet Kalumpang. Simkad ToneExcel merupakan produk yang dapat mendatangkan pendapatan secara pengunaan Simkad dan mendapat kelebihan seperti diskaun 5% - 30% menginap di Tune Hotel.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT iaitu laman sosial seperti Facebook beliau perlu pergi ke satu tempat ke tempat lain untuk bertemu dengan pelanggan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT dan belajar penggunaan laman sosial iaitu Facebook urusan perniagaan beliau menjadi mudah dan menjimatkan kos kerana berkomunikasi dengan pelanggan melalui Facebook. Antara yang di pelajari di PI Kalumpang adalah Kursus MyShop, mempelajari pendedahan awal tentang perniagaan, latihan asas media baru iaitu Facebook dan Microsoft Word mempelajari cara membuat resume dan Microsoft Excel mempelajari membuat belanjawan.

nooreta01 nooreta02

Pn Nooreta mengikuti kelas Myshop dan promosi Media Sosial Puan Nooreta