USAHAWAN RESTORAN

Nama Syukriyah Binti Ishak  
Umur 37
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Syukriyah merupakan usahawan restoran. Di samping menguruskan restoran, beliau juga ada menjual produk jualan lain. Kini berjinak-jinak untuk mengembangkan perniagaan dengan cara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, beliau banyak mempromosi restoran dan produk beliau di media sosial sahaja. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Syukriyah setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau dapat mengembangkan lagi perniagaan dan mendapat ilmu tambahan bagaimana untuk menambah atau menjana pendapatan dengan teknik berkesan seperti menggunakan platform Shopee.

syukriya---kelas

Antara kelas keusahawanan yang disertai di PI Kalumpang

 

syukriya---event-Pi-kalumpang2

Penglibatan di program PI Kalumpang

 

USAHAWAN MAKANAN KURMA RUTHOB SEGAR

Nama Safiyyah binti Khairiyin
Umur : 26
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Safiyyah merupakan seorang usahawan yang baru berjinak-jinak untuk berniaga produk jualannya secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan satu platform untuk memasarkan produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Safiyyah setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau dapat mencuba platform myShop dalam Dashboard Komuniti selain diperkenalkan tentang platform Shopee dengan lebih lanjut. 

      safiyyah                          kurma-ruthob

Antara kelas keusahawanan yang disertai di PI Kalumpang               Antara produk tarikan pelanggan

 

BELAJAR ASAS ICT

Nama : Ariff Afifi bin Noor Aziba
Umur : 30 tahun
Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Encik Ariff merupakan seorang penjawat awam yang kerap ke Pusat Internet Kalumpang untuk mendapatkan khidmat ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan beliau terhadap penggunaan komputer pada tahap asas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, pengetahuan ICT terutama pembelajaran secara e-pembelajaran banyak membantu beliau dalam urusan kerja beliau seperti suntingan gambar dan video.

arif

Encik Ariff ketika belajar ICT di Pusat Internet Kalumpang

 

USAHAWAN CADAR

Nama : Zaidatul binti Mohd ali
Umur : 45
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Zaidatul menjual produk beliau hanya dalam media sosial Facebook. Beliau juga baru memulakan perniagaan beliau secara separuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jumlah pelanggan tidak menentu mengikut permintaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Zaidatul setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau mempunyai medium jualan sendiri iaitu Shopee. Juga, beliau kini sudah pandai membuat promosi melalui media sosial dengan pelbagai teknik.

zaidatul-kelas

Antara kelas keusahawanan yang disertai di PI Kalumpang

 

produk-cadar

Antara produk di Facebook

 

USAHAWAN MAKANAN IKAN PEKASAM BUATAN SENDIRI

Nama Norhayah binti Saidin
Umur : 50
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Norhayah merupakan usahawan gerai makanan secara kecil-kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sekitar beliau RM250-RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan mengikut musim.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norhayah setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau dapat mencuba platform myShop dalam Dashboard Komuniti selain diperkenalkan tentang platform Shopee. 

norhayah-kursus 

Antara kelas keusahawanan yang disertai di PI Kalumpang 

                                   

norhayah-produk-promosi

Antara produk tarikan pelanggan