Belia di sekitar Kalumpang berpeluang untuk menyertai aktiviti seni bela diri yang dipelopori oleh Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib.

Persatuan Silat Seni Gayung Ghaib

SilatGayungGhaib

Silat Seni Gayung Ghaib telah memulakan kelas latihan dengan pembukaan gelanggang baru yang bertapak di Kampung Pasir Puteh Kalumpang pada 28 November 2012. Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh Penghulu Mukim Kalumpang, Tuan Imam Masjid Kampung Pasir Puteh dan Pengerusi JKKK.

Ketika itu, seramai 30 orang ahli baru menghadiri majlis tersebut. Persatuan Silat Seni Gayung Ghaib ini Berjaya menarik minat anak-anak belia untuk mendalami seni mempertahankan diri ini.