USAHAWAN MAKANAN

Nama : Normawati binti Sukor
Umur : 20
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Normawati telah mula menceburi bidang perniagaan makanan pada permulaannya sekadar mengisi waktu lapang setelah berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa sejak 2016

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan, beliau menjalankan aktiviti perniagaan tanpa menggunakan kemudahan ICT dan multimedia.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, telah meluaskan perniagaan melalui media sosial dan whatsapp. Beliau juga telah mewujudkan kumpulan whatsapp dan menjadi admin kepada kumpulan whatsapp FOOD DELIVERY KALUMPANG bagi memudahkan beliau mewar-warkan perniagaan beliau kepada penduduk setempat.

             1 48                    2

Kelas keusahawanan yang disertai di PI Kalumpang                 Antara promosi di media sosial 

 

USAHAWAN KRAFTANGAN

Nama : Nurulhayah Binti Muhamad
Umur : 26
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Cik Nurulhayah merupakan pekerja swasta yang berminat dalam penghasilan produk makanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan, tidak pernah berniaga kerana tidak masa dan tidak berminat untuk berniaga.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, beliau telah mula berjinak-jinak di dalam perniagaan walaupun secara kecil-kecilan dan belum memberikan hasil pulangan yang tinggi.

Beliau dapat menimba ilmu kemahiran perniagaan di PI seperti membual label, flyers dan juga merekod hasil jualan beliau. Selain itu, beliau dapat mengedit gambar produk beliau sendiri supaya pelanggan lebih tertarik untuk membelinya.

nurulhayah01 nurulhayah02

Cik Nurulhayah Mengikuti Program Di PI  serta produk Cik Nurulhayah

 

BELAJAR ASAS MICROSOFT OFFICE DAN E-PEMBELAJARAN

Nama : Muhammad Nurhamizan Uzma Bin Muhammad Hafiz
Umur : 8 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Nurhamizan Uzma seorang pelajar sekolah rendah yang sedang menanam/ minat di dalam menambah ilmu pengetahuan terutama dalam bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan terhadap penggunaan komputer pada tahap sangat rendah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, pengetahuan ICT terutama penggunaan Microsoft Office semakin meningkat dan dapat membantu di dalam pembelajaran.

NURHAMIZAN UZMA

Nurhamizan mengikuti kelas di PI Kalumpang

 

USAHAWAN KRAFTANGAN

Nama : Norafnifaraidayu Bt Abdullah
Umur : 36
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norafni merupakan suri rumah sepenuh masa yang menceburi bidang kraf sebagai sumber pendapatan tambahan bagi keluarganya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan, mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Interne Kalumpang, telah meluaskan perniagaan melalui media sosial dan whatsapp.

norafni01 norafni02

      Puan Norafni Mengikuti Program Di PI serta produk Puan Norafni

 

USAHAWAN TELEKUNG HOMEMADE

Nama : Rosdalilah Muhamad
Umur : 36
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Rosdalilah adalah usahawan Telekung Homemade sejak tahun 2015

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI, beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta hanya mengetahui pengenalan asas dalam menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu dengan adanya ilmu ICT ini membolehkan beliau untuk berniaga secara online dan dapat mempromosikan produk dengan langkah yang mudah di laman sosial seperti facebook, blog dan juga email. Dengan penggunan ICT ini memudahkan perniagaan beliau yang sememangnya memerlukan penggunaan ini dari proses menerima tempahan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rosdalilah mula mengikuti kursus asas komputer untuk menambahkan lagi kemahiran serta ilmu dalam penggunaan komputer dengan lebih baik. Beliau juga mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Kalumpang. Dalam latihan ini, beliau dapat belajar cara-cara mempromosikan produk-produk beliau kepada pelanggan dengan langkah yang mudah dan berkesan. Melalui kaedah yang mudah ini beliau dapat mempromosikan produk beliau di laman sosial seperti Instagram, facebook, dan ini dapat membantu beliau menerima tempahan daripada pelanggan secara meluas diseluruh negeri. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan perbankan secara online, urusan perniagaan Puan Rosdalilah menjadi semakin mudah dan pendapatan yang diperoleh juga turut meningkat dari jumlah pendapatan yang sebelum ini. Kemudahan di Pusat Internet ini amat memudahkan urusan perniagaan beliau dengan pelanggan.

Latihan Keusahawanan Produk Puan Rosdalilah

Puan Rosdalilah mengikuti Latihan Keusahawanan serta produknya