USAHAWAN PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Nama : Patimah Binti Karis
Umur : 23 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Patimah merupakan lepasan graduan yang berminat untuk menjalanakan perniagaan.. Beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan beliau secara separuh masa. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 ke Rm500 sahaja sebulan. Produk yang dijual hanya tertumpu di rakan Facebook sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, beliau kini telah mampu menjana pendapatan bulanan sehingga ke RM3000. 

fatimah karis01 fatimah karis02

Facebook Cik Patimah                                                                Produk

 

USAHAWAN PRODUK MINYAK WANGI

Nama : Mardiyah Binti Karis
Umur : 19 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Mardiyah telah menjual minyak wangi yang bau tahan lama. Beliaun menjalankan perniagaan beliau secara separuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50.00 sahaja sebulan. Produk yang dijual hanya diketahui oleh rakan-rakan yang terdekat sahaja. Beliau tidak menjalankan perniagaan secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, beliau kini telah memiliki facebook page dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk minyak wangi beliau. Kini ramai orang dari pelbagai negeri telah membeli produk beliau dan berpuas hati dengan produk beliau tersebut.

 mardiyah karis  mardiyah karis02
Cik Mardiyah mengikuti kursus eUsahawan dan produk jualannya
 

Usahawan Telekung Homemade

Puan Rosdalilah adalah seorang usahawan Telekung Homemade sejak tahun 2015.

Sebelum adanya PI, beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta hanya mengetahui pengenalan asas dalam menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu dengan adanya ilmu ICT ini membolehkan beliau untuk berniaga secara online dan dapat mempromosikan produk dengan langkah yang mudah di laman sosial seperti facebook, blog dan juga email. Dengan penggunan ICT, ia memudahkan perniagaan beliau terutama dari segi penerimaan tempahan.

Puan Rosdalilah mula mengikuti kursus asas komputer untuk menambahkan lagi kemahiran serta ilmu dalam penggunaan komputer dengan lebih baik. Beliau juga mengikuti Latihan Keusahawanan di PI. Dengan latihan yang di terima, beliau dapat belajar cara-cara mempromosikan produk-produk kepada pelanggan dengan langkah yang mudah dan berkesan seperti di Instagram, facebook, dan ini membantu beliau menerima tempahan daripada pelanggan secara meluas diseluruh negeri. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan perbankan secara online, urusan perniagaan beliau jadi semakin mudah dan pendapatan yang diperoleh juga turut meningkat dari jumlah pendapatan yang sebelum ini. Kemudahan di Pusat Internet ini amat  memudahkan urusan perniagaan beliau dengan pelanggan.

 

Nama Perusahaan

Telekung Homemade

Rosdalilah Muhamad

Pengarah Urusan

   

Alamat

-

Kg Pasir Putih, Kalumpang

Nombor untuk dihubungi

-

Tel: 01133736641

E-mel

-

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Blog

 

 http://www.damiamieyaenterprise.com.my

 

rosdalilah01 rosdalilah02

Pn Rosdalilah mengikuti latihan di PI                                       Produk 


 

Usahawan Makanan Sejuk Beku Dan Kuih Muih

Puan Roswati merupakan suri rumah sepenuh masa yang berminat dalam penghasilan makanan sejuk beku dan kuih muih. Sebelum penglibatan, Puan Roswati mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, beliau telah dapat meluaskan perniagaan melalui medium media sosial dan whatsapp.

Nama Perusahaan

Makanan Sejuk Beku & Kuih Muih

Roswati Binti Kastawi

Pengarah Urusan

   

Alamat

 

-

 

Taman Tempua Bestari,

 

Kalumpang, Selangor.

 

Nombor untuk dihubungi

-

Tel: 019-2406825

E-mel

-

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Blog

 

 -

 

roswati01  roswati02roswati03

Pn Roswati di Kursus e-Usahawan                                 Produk


 

Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd

Syarikat Zaimah Frozen Industries Sdn Bhd merupakan syarikat makanan sejuk beku yang dimiliki oleh pasangan suami isteri Tuan Haji Idris bin Haji Yusof dan Puan Hajjah Zaimah binti Nordin. Ia didaftarkan pada 1 Januari 1996. Pada mulanya pemilik syarikat ini hanya berniaga roti putar (boom) dan roti canai di gerai sahaja sekitar tahun 1995 sebelum membuka syarikat makanan sejuk beku. Pada waktu itu, jualan hanya kepada saudara mara dan penduduk kampung sahaja.

 

Puan Hajjah Zaimah mengorak langkah untuk mempelopori industri sejuk beku yang pada ketika itu belum lagi diterokai oleh usahawan Bumiputera. Beliau melengkapkan diri dengan pengetahuan  tentang penyediaan makanan sejuk beku dengan mengikuti bengkel anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan mendapat bimbingan lanjutan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) pada penghujung tahun 1996.

 

Antara produk sejuk beku keluaran Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd selain roti canai segera dan roti putar (boom) segera ialah roti jala dan roti putar coklat cip. Produk – produk ini mula dipasarkan di pasar mini, kedai-kedai runcit dan melalui orang perseorangan sehinggalah memasuki pasar raya Mydin dan Giant di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Tanjung Malim. Malahan mereka telah membekalkan produk keluaran syarikat ini kepada MAS Catering untuk penerbangan domestik dan haji selain telah Berjaya menembusi pasaran luar Negara iaitu Brunei.

 

Selain itu syarikat ini telah mendapat pengiktirafan Skim Pensijilan Amalan Perkilangan Baik (Good Manufacturing Practices) atau GMP untuk kilang mereka yang beroperasi di Hub Halal Melaka. Dari segi pembungkusan, syarikat ini berjaya menghasilkan jenama pembungkusan sendiri iaitu Zaimah Frozen Foods.    

Nama Perusahaan

Zaimah Frozen Foods Enterprise

Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd

Pengarah Urusan

Fuad bin Shukor

 

Alamat

Lot 143, Blok C, Pusat Industri Halal Serkam, 77300 Jasin, Melaka

Lot 108, Kampung Gumut Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Nombor untuk dihubungi

 

Tel    :06-2633522 / 019-3307955

Faks: 06-2633521

Tel: 03-60492092

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Blog

http://zaimahfrozenfood.blogspot.com

 

               

        Fuad Bin Shukor                                           Produk

Sumber:

  1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
  2. http://www.hdcglobal.com/publisher/melaka_zaimah

 

Usahawan Produk Redlife Lexee Sdn Bhd

Puan Siti Zaharah merupakan salah seorang pengedar, penjual dan mempromosikan produk Redlife Lexee. Produk Redlife Lexee merupakan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan semulajadi dengan campuran herba-herba asli dan nano infrared. Puan siti Zaharah telah menjadi agent menjual Produk Redlife Lexee selama setahun setengah.

Selepas penggunaan dan pembelajaran ICT di Pusat Internet Kalumpang, promosi dan pemasaran produk dapat dijalankan secara meluas melaluai media sosial seperti Facebook. Urusan jual beli dan pengiklanan juga dapat dilakukan dengan lebih meluas dan mudah.

Nama Perusahaan

Redlife Lexee Sdn Bhd

Siti Zaharah Binti Haji Abdul Mutalib

Pengarah Urusan

 

 

Alamat

Unit 5, Ground Floor, Kompleks Sempilai, Jalan Sempilai, 13700 Seberang Jaya, Penang, Malaysia.

Lorong 2, Kampung Pasir Putih, Kalumpang, Hulu Selangor.

Nombor untuk dihubungi

Tel : 04 -3999339

Tel: 019-3874960

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Blog

http://www.goredlife.com

 

 

    

Siti Zaharah Bt Haji Abdul                      Produk Redlife Lexee              

Mutalib    


 

Usahawan Produk Makanan (Popia Goreng, Popia Basah, Popia Sambal dan Nasi Campur + Minuman)

Puan Norizah @ Noriah binti Musa merupakan usahawan bagi produk Popia Goreng, Popia Basah, Popia Sambal dan Nasi Campur + Minuman. Produk ini dihasilkan sendiri di rumah seoran diri. Pasaran adalah terdiri daripada individu, kedai, pejabat dan lain-lain. Pada mulanya berniaga kecil-kecilan di depan rumah sebelum mula menerima tempahan daripada individu untuk majlis tertentu. Setelah mempelajari ilmu ICT, mula mempromosikan secara online melalui FB dan Whatsapp dan membuat penghantaran di kawasan berdekatan.

Nama Perusahaan

Produk makanan

Norizah 2 Noriah Binti Musa

Pengarah Urusan

 -  

Alamat

-

PT 977 Rumah Murah Peringkat 2, 35900 Hulu Bernam, Selangor

Nombor untuk dihubungi

-

Tel: 013-4978387

E-mel

-

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Blog

 

 

 Laporan Kisah Kejayaan beliau : Kisah Kejayaan Puan Noriah Musa

  

Dari kanan Puan Norizah @ Noriah Bt Musa          Produk Makanan : Popia Sambal