Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk: 1) Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. 2) Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD. 3) Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh. 4) Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks. 5) Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan 6) Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas. |
Klinik Kesihatan Kalumpang merupakan tempat rujukan utama masyarakat setempat yang memerlukan rawatan kesihatan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh anggota perubatan di sini ialah:
Ambulans
Klinik ini memiliki dua buah ambulans yang digunakan untuk membawa pesakit yang memerlukan rawatan lanjut dengan segera di hospital berhampiran.
Farmasi
Klinik Bergerak 1Malaysia
Klinik bergerak ini berfungsi untuk melakukan pemeriksaan dan memberikan rawatan ringan terhadap pesakit. Ia turut mengendalikan kes rujukan ke hospital atau klinik.
Klinik Ibu dan Anak
Klinik ini dikhususkan kepada wanita-wanita hamil untuk mendapatkan pemeriksaan terhadap kandungan. Selain itu, klinik ini turut menyediakan suntikan imunisasi dan pemeriksaan kesihatan susulan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi baru lahir hingga 18 bulan. Bangunan klinik ini terletak berdekatan dengan blok bangunan Klinik Jabatan Pesakit Luar.
Klinik Jabatan Pesakit Luar
Klinik ini memberikan perkhidmatan dan rawatan terhadap pesakit yang memerlukan rawatan ringan.
Lawatan ke rumah bagi kes ibu mengandung, wanita dan bayi selepas bersalin
Makmal Ujian Darah / Air Kencing
Pendidikan Kesihatan