USAHAWAN ONLINE PRODUK NATURAL

Nama : Fazliana Bt Ahmad Zawawi
Umur : 37
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Bermula dengan produk natural untuk kegunaan sendiri. Mula mendapat idea untuk memasarkan produk natural jenama Ronella (essential oil dan balm bayi) secara online setelah melihat banyak permintaan terhadap produk natural.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan sekitar RM500.00. Jumlah pelanggan sebulan sekitar 30 orang sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan mencecah RM3,000.00 – RM5,000.00 sebulan. Jumlah pelanggan sebulan dalam 100 – 150 orang. Pendapatan konsisten setiap bulan dengan penggunaan ICT (media sosial dan laman web). Beliau mempelajari teknik pemasaran online yang sesuai untuk media sosial (facebook, Instagram, whatsapp) dan juga headline / copywriting yang boleh menarik perhatian pelanggan di Pusat Internet. Pusat Internet juga telah membimbing dan membantu Puan Fazlina dengan membantu menyediakan platform untuk mempromosikan produk, kelas Bimbingan ICT dan video menghadiri kelas di page PI Kalumpang meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan beliau.

fazliana 01 fazliana 02

Pn Fazliana mengikuti kelas di PI dan promosi Media Sosial dan Produk Puan Fazliana