Hulu Selangor

Daerah Hulu Selangor (dahulunya dieja sebagai Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Utara negeri Selangor. Berkeluasan 174, 047 hektar, Hulu Selangor merupakan daerah terbesar di antara sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor. Ia bersempadan dengan negeri Pahang di sebelah timur dan negeri Perak di sebelah utara. Jumlah penduduknya lebih kurang 178, 500 orang (2005) atau 3.7 peratus daripada jumlah keseluruhan negeri Selangor dan semakin meningkat saban tahun.

petakalumpang

Sumber: http://2.bp.blogspot.com, 2010

Daerah ini dahulunya dikenali dengan ‘The Sleeping Hollow’ kerana kedudukannya yang terpinggir daripada kemajuan. Namun kini, daerah Bunga Matahari ini dikenali sebagai hab industri automotif negara dan kian pesat membangun. Daerah ini mempunyai 13 mukim dan boleh diakses melalui beberapa jalan utama iaitu:

  1. Jalan Persekutuan dari Rawang (Selatan).
  2. Jalan Persekutuan dari Tanjung Malim (Utara).
  3. Lebuh raya Utara – Selatan PLUS, susur keluar Bukit Beruntung, Bukit Tagar, Lembah Beringin dan Tanjung Malim.
  4. Jalan Sungai Tua, Batu Caves – Hulu Yam Bharu.
  5. Jalan Genting Highlands (Gohtong Jaya) – Batang Kali.
  6. Jalan Bukit Fraser – Hulu Bernam.
  7. Jalan Sungai Besar – Hulu Bernam.
  8. Jalan Batang Berjuntai – Bukit Tagar.

 

BIL

MUKIM

KELUASAN(HEKTAR)

KELUASAN(EKAR)

 1

 Hulu Bernam (Utara  dan Selatan)

44,680

11,0405

 2

 Kalumpang

4,144

10,240

 3

 Kuala Kalumpang

3,885

9,599

 4

 Sungai Gumut

4,144

10,240

 5

 Sungai Tinggi

16,006

39,550

 6

 Kerling

17,534

43,326

 7

 Ampang Pecah

4,143

10,237

 8

 Buloh Telur

2,589

6,397

 9

 Pertak

20,383

50,366

 10

 Rasa

8,262

20,416

 11

 Batang Kali

16,265

40,191

 12

 Hulu Yam

11,111

27,456

 13

 Serendah

12,901

51,647

JUMLAH

174,047

430,070

Sumber: Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor, 2007