Sungai Inki, Kalumpang

NaharaResort4Sumber:http://www.tatysalina.com

 

Bagi mereka yang gemar menikmati alam semula jadi dan merancang untuk berlibur di hujung minggu bersama keluarga, atau mencari lokasi untuk sebarang aktiviti berkelah bersama teman, program motivasi mahupun seminar dengan berkonsepkan panorama hijau yang mendamaikan, Sungai Inki yang terletak dalam kawasan Kampung Pasir Puteh Kalumpang merupakan destinasi santai yang menyeronokkan untuk dikunjungi. Terdapat satu tempat rekreasi awam yang di selia oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dan  tiga resort yang menawarkan pelbagai kemudahan dengan bayaran yang berpatutan untuk pengunjung iaitu:

1. Kalumpang Resort & Training centre (KRTC)
2. The Nahara Resort
3. Refreshing Spring Resort

 

Selain kesemua resort yang disebutkan tadi, terdapat satu lagi kawasan penginapan berkonsepkan rumah ladang iaitu Adelia Hill Farm Kalumpang.

 

Sungai Inki (Kawasan Rekreasi Awam)

PANO 20170622 082324

IMG 20170622 082037IMG 20170622 08211311IMG 20170622 082539m

Kawasan rekreasi Sungai Inki merupakan tempat rekreasi awam yang di selia oleh Majlis Daerah Hulu Selangor. Aktiviti seperti berkelah, berkhemah dan lain-lain dapat di lakukan di sini. Antara kemudahan yang di sediakan adalah seperti tempat meletak kenderaan, tandas, wakaf, pondok dan kawasan perkhemahan.

 

ATV Offroad Kalumpang

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa di Kalumpang juga terdapat satu kawasan aktiviti sukan lasak, ATV Offroad yang terletak di Kampung Gumut Kalumpang.