USAHAWAN TAKAFUL

Nama : Shahida Adlina binti Badu Ganti
Umur : 25
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Cik Shahida merupakan perunding takaful Great Eastern. Beliau merupakan lepasan universiti yang kini cuba untuk melibatkan diri dalam bidang takaful.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sekitar RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan sekita 10-20 orang sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Shahida setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau dapat mencuba platform myShop dalam Dashboard Komuniti selain menggunakan media sosial yang lain. Manakala, pelanggan beliau kini dari seluruh negara disamping berpendapatan setiap bulan mencecah RM1000 ke atas.

mazlinaent01SHAHIDA

Cik Shahida mengikuti kelas di PI dan promosi Media Sosial Cik Shahida

 

USAHAWAN PAKAIAN

Nama : Mazlina Binti Md Padli
Umur : 38
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Mazlina menjual pakaian kanak-kanak secara kecil-kecilan di pasar malam di Kalumpang, Slim River dan sekitarnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sekitar RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan sekitar 50 orang sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Mazlina setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau mempunyai Facebook, Shopee dan Instagram. Manakala, pelanggan beliau kini dari seluruh negara disamping berpendapatan setiap bulan mencecah RM1000-2000.

mazlinaent01mazlinaent02

Pn Mazlina mengikuti kelas di PI  dan promosi Media Sosial Puan Mazlina

 

USAHAWAN SIMKAD TONEEXCEL

Nama : Siti Nooreta Binti Mior Hasan
Umur : 49
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Siti Nooreta telah mengunakan dan mempromosi Simkad ToneExcel kepada kenalan dan pengunjung Pusat Internet Kalumpang. Simkad ToneExcel merupakan produk yang dapat mendatangkan pendapatan secara pengunaan Simkad dan mendapat kelebihan seperti diskaun 5% - 30% menginap di Tune Hotel.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT iaitu laman sosial seperti Facebook beliau perlu pergi ke satu tempat ke tempat lain untuk bertemu dengan pelanggan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT dan belajar penggunaan laman sosial iaitu Facebook urusan perniagaan beliau menjadi mudah dan menjimatkan kos kerana berkomunikasi dengan pelanggan melalui Facebook. Antara yang di pelajari di PI Kalumpang adalah Kursus MyShop, mempelajari pendedahan awal tentang perniagaan, latihan asas media baru iaitu Facebook dan Microsoft Word mempelajari cara membuat resume dan Microsoft Excel mempelajari membuat belanjawan.

nooreta01 nooreta02

Pn Nooreta mengikuti kelas Myshop dan promosi Media Sosial Puan Nooreta

 

BELAJAR ASAS ICT

Nama : Mohamad Husri Aidil Bin Ayob
Umur : 44 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

En Husri Aidil merupakan seorang bekas juruteknik yang ingin meningkatkan kemahiran ICT beliau bagi tujuan menambah pendapatan dan meningkatkan pengetahuan semasa mengenai ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan terhadap penggunaan komputer pada tahap asas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, pengetahuan ICT terutama penggunaan Microsoft Office semakin meningkat dan dapat membantu beliau didalam urusan beliau.

HUSRIAIDIL

En Husri Aidil mengikuti kelas di PI Kalumpang

 

USAHAWAN ANDAMAN/KOSMETIK

Nama : Ashiqen Binti Abd Halim
Umur : 34
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Ashiqen telah mula menceburi di dalam bidang makeup artist pada permulaannya sekadar mengisi waktu lapang setelah berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa sejak 2013.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sampingan sekitar RM200 ke RM500 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan mencecah RM1,000.00 – RM3,000.00 (musim perkahwinan). Puan Ashiqen setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, dapat mempromosikan perniagaan beliau melalui medium online seperti Facebook dan Instagram dengan lebih berkesan. Antara yang di pelajari di PI Kalumpang adalah mempelajari teknik pemasaran online yang sesuai untuk media sosial (facebook, Instagram, whatsapp), mempelajari teknik copywriting yang betul bagi promosi di mesia sosial dan mempelajari teknik fotografi dan videografi yang betul bagi mendapatkan gambar yang menarik bagi perniagaan.

ashiqen01 ashiqen02

Pn Ashiqen mengikuti kelas di PI dan promosi Media Sosial Puan Ashiqen