USAHAWAN PERKHIDMATAN SOLEKAN

Nama : Noor Fazila Binti Mustafa
Umur : 39
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Fazila merupakan suri rumah sepenuh masa yang menceburi bidang solekan sebagai sumber pendapatan tambahan bagi keluarganya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan, beliau hanya melakukan promosi perkhidmatan beliau melalui hebahan melalui rakan-rakan dan penduduk setempat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, beliau telah meluaskan perniagaan melalui media sosial dan whatsapp.

fazila01 fazila02

     Pn Fazila mengikuti kursus di PI                                     Contoh promosi di Media Sosial

 

BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Sanip Bin Jantan
Umur : 63 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

En Sanip Bin Jantan merupakan Pesara anggota polis. Beliau berminat untuk mempelajari ICT ketika masa lapang. Beliau seorang rajin dan konsisten hadir ke kelas ICT yang diadakan di PI Kalumpang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mempelajari ICT di PI Kalumpang beliau kurang mahir dalam penggunaan ICT. Hal ini kerana menurut beliau semasa beliau masih berkerja, kebanyakan kerja yang berkaitan dengan komputer dilakukan oleh staf beliau. Oleh itu, pada masa terlapang ini  beliau mengambil kesempatan untuk mempelajari ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas ICT yang dijalankan di PI Kalumpang kini beliau semakin mahir dalam menaip, penggunaan Microsoft Office dan mengenali asas media sosial. Beliau dapat mempraktikkan pengunaan ICT seperti menulis surat rasmi jemputan mengunakan Microsoft Word.

sanipjantan01 sanipjantan02

En Sanip Bin Jantan mengikuti kelas di Pusat Internet Kalumpang

 

BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Fatin Hazwani Binti Megat Aruki
Umur : 11 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Fatin Hazwani adalah seorang pelajar yang memerlukan internet untuk mengakses ke laman-laman web berunsurkan pendidikan memandangkan beliau ingin mencari bahan-bahan tambahan untuk pembelajaran beliau. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, bahan-bahan pembelajaran hanya didapati melalui guru, perkongsian bersama rakan-rakan, kelas tambahan, dan buku sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mempelajari cara penggunaan internet, beliau dapat mengakses pelbagai maklumat berkaitan pendidikan dengan lebih mudah. Kini, beliau boleh menggunakan internet untuk mengakses laman web berunsurkan pendidikan. Beliau turut diperkenalkan dengan beberapa laman web dan aplikasi yang menawarkan pembelajaran secara atas talian.

megat hazwani01 megat hazwani02

Fatin Hazwani mengikuti kelas di PI Kalumpang

 

BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Ayu Natasha Binti Hamdan
Umur : 12 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Ayu Natasha Binti Hamdan adalah seorang pelajar sekolah rendah yang memerlukan komputer dan internet untuk kegunaan pembelajaran beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi pelajar yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini, beliau perlu menggunakan internet untuk melayari laman web pendidikan iaitu Score A. Dengan mengunakan laman web pendidikan Score A beliau tidak perlu untuk membeli buku-buku latihan. Disamping itu, beliau juga mengunakan internet ketika mempelajari kelas komputer yang diadakan di Pusat Internet Kalumpang untuk mencari maklumat seperti gambar. Dengan itu, pengunaan internet dapat membantu beliau dalam mencapai kejayaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan internet banyak memperbaiki kehidupan Ayu Natasha dengan mempertingkatkan ilmu pengetahuan beliau mengenai Teknologi Maklumat dan meningkatkan pengetahuan persekolahan beliau. Ia juga memudahkan lagi Ayu Natasha dalam menjalankan tugas-tugas persekolahan beliau.

ayunatasha01

Ayu Natasha membuat latihan di laman web pendidikan Score A

 

 USAHAWAN PRODUK KOSMETIK HICOS

Nama : Istikomah Binti Karis
Umur : 29
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Istikomah menjalankan perniagaan kosmetik jenama Hicos.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI, beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta hanya mengetahui pengenalan asas dalam menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu dengan adanya ilmu ICT ini membolehkan beliau untuk berniaga secara online dan dapat mempromosikan produk dengan langkah yang mudah di laman sosial seperti facebook, blog dan juga email. Dengan penggunan ICT ini memudahkan perniagaan beliau yang sememangnya memerlukan kemudahan ICT bagi proses menerima tempahan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sehubungan dengan itu, Puan Istikomah mula mengikuti kursus asas komputer untuk menambahkan lagi kemahiran serta ilmu dalam penggunaan komputer dengan lebih baik. Beliau juga mengikuti Latihan Keusahawanan di PI. Dalam latihan ini, beliau dapat mempelajari cara-cara mempromosikan perkhidmatan beliau kepada pelanggan dengan langkah yang mudah dan berkesan. Melalui kaedah yang mudah ini beliau dapat mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial seperti Instagram, facebook, dan ini dapat membantu beliau menerima tempahan daripada pelanggan secara lebih meluas.

istikomah01 istikomah02

   Puan Istikomah mengikuti kelas di PI                           Bersama Produk