USAHAWAN ANDAMAN/KOSMETIK

Nama : Ashiqen Binti Abd Halim
Umur : 34
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Ashiqen telah mula menceburi di dalam bidang makeup artist pada permulaannya sekadar mengisi waktu lapang setelah berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa sejak 2013.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sampingan sekitar RM200 ke RM500 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan mencecah RM1,000.00 – RM3,000.00 (musim perkahwinan). Puan Ashiqen setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, dapat mempromosikan perniagaan beliau melalui medium online seperti Facebook dan Instagram dengan lebih berkesan. Antara yang di pelajari di PI Kalumpang adalah mempelajari teknik pemasaran online yang sesuai untuk media sosial (facebook, Instagram, whatsapp), mempelajari teknik copywriting yang betul bagi promosi di mesia sosial dan mempelajari teknik fotografi dan videografi yang betul bagi mendapatkan gambar yang menarik bagi perniagaan.

ashiqen01 ashiqen02

Pn Ashiqen mengikuti kelas di PI dan promosi Media Sosial Puan Ashiqen