USAHAWAN PRODUK MINYAK WANGI

Nama : Mardiyah Binti Karis
Umur : 19 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Mardiyah telah menjual minyak wangi yang bau tahan lama. Beliaun menjalankan perniagaan beliau secara separuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50.00 sahaja sebulan. Produk yang dijual hanya diketahui oleh rakan-rakan yang terdekat sahaja. Beliau tidak menjalankan perniagaan secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, beliau kini telah memiliki facebook page dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk minyak wangi beliau. Kini ramai orang dari pelbagai negeri telah membeli produk beliau dan berpuas hati dengan produk beliau tersebut.

 mardiyah karis  mardiyah karis02
Cik Mardiyah mengikuti kursus eUsahawan dan produk jualannya