Usahawan Telekung Homemade

Puan Rosdalilah adalah seorang usahawan Telekung Homemade sejak tahun 2015.

Sebelum adanya PI, beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta hanya mengetahui pengenalan asas dalam menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu dengan adanya ilmu ICT ini membolehkan beliau untuk berniaga secara online dan dapat mempromosikan produk dengan langkah yang mudah di laman sosial seperti facebook, blog dan juga email. Dengan penggunan ICT, ia memudahkan perniagaan beliau terutama dari segi penerimaan tempahan.

Puan Rosdalilah mula mengikuti kursus asas komputer untuk menambahkan lagi kemahiran serta ilmu dalam penggunaan komputer dengan lebih baik. Beliau juga mengikuti Latihan Keusahawanan di PI. Dengan latihan yang di terima, beliau dapat belajar cara-cara mempromosikan produk-produk kepada pelanggan dengan langkah yang mudah dan berkesan seperti di Instagram, facebook, dan ini membantu beliau menerima tempahan daripada pelanggan secara meluas diseluruh negeri. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan perbankan secara online, urusan perniagaan beliau jadi semakin mudah dan pendapatan yang diperoleh juga turut meningkat dari jumlah pendapatan yang sebelum ini. Kemudahan di Pusat Internet ini amat  memudahkan urusan perniagaan beliau dengan pelanggan.

 

Nama Perusahaan

Telekung Homemade

Rosdalilah Muhamad

Pengarah Urusan

   

Alamat

-

Kg Pasir Putih, Kalumpang

Nombor untuk dihubungi

-

Tel: 01133736641

E-mel

-

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Blog

 

 http://www.damiamieyaenterprise.com.my

 

rosdalilah01 rosdalilah02

Pn Rosdalilah mengikuti latihan di PI                                       Produk