USAHAWAN TELEKUNG HOMEMADE

Nama : Rosdalilah Muhamad
Umur : 36
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Rosdalilah adalah usahawan Telekung Homemade sejak tahun 2015

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI, beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta hanya mengetahui pengenalan asas dalam menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu dengan adanya ilmu ICT ini membolehkan beliau untuk berniaga secara online dan dapat mempromosikan produk dengan langkah yang mudah di laman sosial seperti facebook, blog dan juga email. Dengan penggunan ICT ini memudahkan perniagaan beliau yang sememangnya memerlukan penggunaan ini dari proses menerima tempahan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rosdalilah mula mengikuti kursus asas komputer untuk menambahkan lagi kemahiran serta ilmu dalam penggunaan komputer dengan lebih baik. Beliau juga mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Kalumpang. Dalam latihan ini, beliau dapat belajar cara-cara mempromosikan produk-produk beliau kepada pelanggan dengan langkah yang mudah dan berkesan. Melalui kaedah yang mudah ini beliau dapat mempromosikan produk beliau di laman sosial seperti Instagram, facebook, dan ini dapat membantu beliau menerima tempahan daripada pelanggan secara meluas diseluruh negeri. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan perbankan secara online, urusan perniagaan Puan Rosdalilah menjadi semakin mudah dan pendapatan yang diperoleh juga turut meningkat dari jumlah pendapatan yang sebelum ini. Kemudahan di Pusat Internet ini amat memudahkan urusan perniagaan beliau dengan pelanggan.

Latihan Keusahawanan Produk Puan Rosdalilah

Puan Rosdalilah mengikuti Latihan Keusahawanan serta produknya