USAHAWAN MAKANAN POPIA SAMBAL BUATAN SENDIRI

Nama Norizah @ Noriah Binti Musa
Umur : 42
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Norizah @ Noriah merupakan usahawan popia goreng, popia basah, popia sambal dan nasi campur pakej bersama minuman.  Produk  ini adalah hasil buatan beliau sendiriBeliau memulakan perniagaan sebelum ini secara offline dan kini berjinak-jinak untuk mengembangkan perniagaan dengan cara atas talian.

Pada mulanya, berniaga kecil-kecilan di depan rumah sebelum mula menerima tempahan daripada individu untuk majlis-majlis tertentu. Setelah mempelajari ilmu ICT, mula mempromosikan secara online melalui FB dan whatsapp dan membuat penghantaran di kawasan berdekatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sekitar RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan sekitar 20-30 orang sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norizah @ Noriah setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau dapat mencuba platform myShop dalam Dashboard Komuniti. Manakala, pelanggan beliau kini terdiri daripada individu, kedai, pejabat dan lain-lain. Pendapatan setiap bulan mencecah RM1500-RM3000 ke atas berdasarkan tempahan.

          open-day-Pi-Kalumpang                  promosi-di-Fb

Antara Kelas Usahawan Yang Disertai Oleh Puan Norizah               Promosi di Facebook Page