USAHAWAN PERKHIDMATAN JURULATIH SENAMROBIK

Nama : Siti Norhayati Bt Abdul Ghani
Umur : 36
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norhayati baru membuka perniagaan senamrobik sejak tahun 2016.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI, saya kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta hanya mengetahui pengenalan asas dalam menggunakan komputer. Saya juga tidak tahu dengan adanya ilmu ICT ini membolehkan kita untuk berniaga secara online dan dapat mempromosikan produk dengan langkah yang mudah di laman sosial seperti facebook, blog dan juga email. Dengan penggunan ICT ini memudahkan perniagaan saya yang sememangnya memerlukan penggunaan ini dari proses menerima tempahan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya mula mengikuti kursus asas komputer untuk menambahkan lagi kemahiran serta ilmu dalam penggunaan komputer dengan lebih baik. Saya juga mengikuti Latihan Keusahawanan di PI. Dalam latihan ini, saya dapat belajar cara-cara mempromosikan perkhidmatan saya kepada pelanggan dengan langkah yang mudah dan berkesan. Melalui kaedah yang mudah ini saya dapat mempromosikan perkhidmatan saya di laman sosial seperti Instagram, facebook, dan ini dapat membantu saya menerima tempahan daripada pelanggan secara meluas diseluruh negeri. 

 Webp.net-resizeimageWebp.net-resizeimage 1

 Puan Hayati mengikuti Program Latihan Keusahawanan dan terlibat di dalam aktiviti kesukanan di PI Kalumpang