Tarikh : 01 - 15 Mac 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
Tujuan
Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk. Program ini adalah di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia. Permohonan sumbangan ini boleh di lakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau secara online..
-
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah mengisi borang permohonan secara online. Aktiviti ini adalah sebahagian dari aktiviti PI Kalumpang bagi mempromosikan PI Kalumpang dan perkhidmatannya di samping memberi pendedahan kepada pemohon mengenai asas ICT seperti penggunaan internet, scanning, format fail (jpeg, PDF dan lain-lain) dan sebagainya.
- Gambar Aktiviti
Tarikh : 08 Mac 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
.
Tujuan
- Pihak Klinik Kesihatan Kalumpang melalui Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang telah berpeluang menganjurkan Mesyuarat Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang yang di sertai oleh pihak Klinik Kesihatan Kalumpang dan komuniti Kalumpang. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan Pusat Internet Kalumpang di samping mewujudkan kerjasama bersama pihak Klinik Kesihatan Kalumpang.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah Mesyuarat Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang bersama komuniti Kalumpang. Aktiviti lain yang di jalankan adalah Advokasi Klik Dengan Bijak dan promosi PI Kalumpang.
- Gambar Aktiviti
Tarikh : 04 Mac 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
.
Tujuan
- Pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Zon Hulu Bernam dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang telah berpeluang mengadakan Bengkel KEMAS Zon Hulu Bernam bertujuan untuk memberi taklimat, bimbingan dan informasi kepada guru - guru Tabika KEMAS Zon Hulu Bernam berkenaan perancangan kerja, sistem data kerja dan lain-lain yang perlu di gunakan dan di laksanakan dalam pembelajaran dan pengurusan Tabika.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah pengenalan kepada Portal Sistem Maklumat Persekolahan, Sasaran Kerja Tahunan dan lain-lain. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan Pusat Internet Kalumpang di samping mewujudkan kerjasama bersama pihak KEMAS Zon Hulu Bernam.
- Gambar Aktiviti
Tarikh : 06 Mac 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
.
Tujuan
- Pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Zon Hulu Bernam dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang telah berpeluang mengadakan Bengkel KEMAS Zon Hulu Bernam bertujuan untuk memberi taklimat, bimbingan dan informasi kepada guru - guru Tabika KEMAS Zon Hulu Bernam berkenaan perancangan kerja, sistem data kerja dan lain-lain yang perlu di gunakan dan di laksanakan dalam pembelajaran dan pengurusan Tabika. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan Pusat Internet Kalumpang di samping mewujudkan kerjasama bersama pihak KEMAS Zon Hulu Bernam.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah pengenalan kepada Portal Sistem Maklumat Persekolahan, Sasaran Kerja Tahunan dan lain-lain. Aktiviti lain yang di jalankan adalah Advokasi Klik Dengan Bijak, promosi PI Kalumpang dan penerangan EzBiz Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Gambar Aktiviti
Tarikh : 03 Mac 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
.
Tujuan
- Pihak Pengurusan Air Selangor telah membuka kaunter khidmat komuniti Pengurusan Air Selangor dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang bagi tujuan khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Aktiviti ini di jalankan setelah pihak Air Selangor dan Pusat Internet Kalumpang menerima aduan penduduk mengenai pelbagai masalah terutamanya masalah penduduk yang tidak menerima notis bil air setiap bulan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memudahkan penduduk setempat yang sukar untuk pergi ke Pejabat Air Selangor terutamanya bagi golongan warga emas.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan Pusat Internet Kalumpang.
- Gambar Aktiviti