.

Tujuan

  • Pihak Pengurusan Air Selangor telah membuka kaunter khidmat komuniti Pengurusan Air Selangor dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang bagi tujuan khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Aktiviti ini di jalankan setelah pihak Air Selangor dan Pusat Internet Kalumpang menerima aduan penduduk mengenai pelbagai masalah terutamanya masalah penduduk yang tidak menerima notis bil air setiap bulan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memudahkan penduduk setempat yang sukar untuk pergi ke Pejabat Air Selangor terutamanya bagi golongan warga emas.
  • .
  • Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk  mempromosikan Pusat Internet Kalumpang. 

Tarikh     : 09 November 2018

 Lokasi    : Pusat Internet Kalumpang

 Anjuran  : Pusat Internet Kalumpang

.

Tujuan

  • Program e-Rezeki adalah satu program berdasarkan crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model perkhidmatan. Program e-Rezeki bertujuan untuk memberi manfaat terutama kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.
  • .
  • Mdec dengan kerjasama Pusat Internet telah berkerjasama untuk menjayakan program e-Rezeki di mana infrastruktur Pusat Internet telah di gunakan untuk membantu peserta yang terlibat bagi mereka yang mempunya akses terhad kepada infrastruktur ICT umumnya. Petugas Pusat Internet telah di beri latihan untuk melatih peserta bagi program e-Rezeki ini.
  • .
  • Aktiviti
  • .
  • Pelaksanaan utama kelas refresher erezeki adalah pengenakan dan cara penggunaan sistem e-Rezeki dan platform-platform e-Rezeki. 

Gambar Aktiviti


 

.

Tujuan

  • Kelab Warga Emas merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan komuniti dan badan bukan kerajaan dalam penjagaan warga emas. Ia adalah kelab di bawah naungan dan initiatif Klinik Kesihatan di Malaysia. Setakat 2017, terdapat 233 buah Kelab Warga Emas yang bernaung di bawah Klinik Kesihatan induk di seluruh Malaysia.

    Objektif khusus penubuhan Kelab Warga Emas adalah:

  • 1) Mewujudkan dan memperkukuhkan Kelab Warga Emas dalam komuniti

  • 2) Memperkukuhkan kerjasama antara komuniti, badan bukan kerajaan dan badan kerajaan

  • 3) Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab komuniti dalam penjagaan kesihatan warga emas.

  • .
  • Aktiviti

    Pelaksanaan utama mesyuarat ini adalah bagi menubuhkan Kelab Warga Emas di Kalumpang, penerangan objektif kelab dan lantikan ahli jawantankuasa sementara kelab. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk  mempromosikan Pusat Internet Kalumpang.

  • E-learning adalah cara pembelajaran menggunakan medium dan kaedah teknologi pendidikan. Pelajar di dedahkan dengan penggunaan teknologi seperti penggunaan komputer dan internet sebagai salah satu cara pembelajaran alternatif.
  • .
  • Aktiviti

    Aktiviti e-pembelajaran ini di laksanakan terhadap pelajar dari Tabika yang sedang melalui cuti sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti mewarna/melukis secara online dimana aktiviti diharap dapat mendedahkan dan melatih pelajar mengenai penggunaan komputer dan internet.

.

Tujuan

  • Program Jelajah Klik Dengan Bijak ini adalah bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penggunaan internet secara berhemah. Wakil Pusat Internet berkongsi tip-tip dan etika penggunaan internet yang positif kepada anak-anak pelajar yang hadir memandangkan pada zaman ini mereka terdedah dengan kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan dan merupakan pengguna internet serta memerlukan perkhidmatan itu untuk tujuan pembelajaran.
  • .
  • Aktiviti

    Antara topik yang dibincangkan adalah:
    1. Teknologi dan Anda
    2. Check Your Label
    3. Scammer
    4. Online Grooming