• E-learning adalah cara pembelajaran menggunakan medium dan kaedah teknologi pendidikan. Pelajar di dedahkan dengan penggunaan teknologi seperti penggunaan komputer dan internet sebagai salah satu cara pembelajaran alternatif.
  • .
  • Aktiviti

    Aktiviti e-pembelajaran ini di laksanakan terhadap pelajar prasekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti tutorial matematik secara online dimana aktiviti diharap dapat meningkatkan pemahaman bidang matapelajaran matematik pelajar disamping mendedahkan dan melatih pelajar mengenai penggunaan komputer dan internet. Aktiviti ini juga dapat mempelbagaikan cara atau kaedah pembelajaran kepada pelajar untuk memudahkan pelajar belajar.

.

Tujuan

  • Pihak Pengurusan Air Selangor telah membuka kaunter khidmat komuniti Pengurusan Air Selangor dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang bagi tujuan khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Aktiviti ini di jalankan setelah pihak Air Selangor dan Pusat Internet Kalumpang menerima aduan penduduk mengenai pelbagai masalah terutamanya masalah penduduk yang tidak menerima notis bil air setiap bulan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memudahkan penduduk setempat yang sukar untuk pergi ke Pejabat Air Selangor terutamanya bagi golongan warga emas.
  • .
  • Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk  mempromosikan Pusat Internet Kalumpang. 

  • Gambar Aktiviti

.

Tujuan

  • Shopee adalah satu platform E-Dagang untuk urusan jual beli secara atas talian. Ia adalah salah satu platform membeli belah yang banyak di gunakan oleh pengguna Malaysia bagi membeli dan menjual produk secara atas talian.

  • Aktiviti

  • Aktiviti utama adalah kelas E-dagang Shopee. Pelajar di ajar berkenaan cara penggunaan shopee dan cara memasarkan produk melalui platform Shopee. Aktiviti lain yang di jalankan adalah promosi PI Kalumpang, Klik Dengan Bijak dan Sebenarnya.my

  • Program ini adalah program kolaborasi antara Pusat Internet Kalumpang dan Pusat Internet Desa Tanjung Malim bagi membantu, mendedahkan dan mengalakkan peserta mengembangkan perniagaan secara online dengan lebih baik. Di samping itu, program ini juga memupuk peserta bagi menjalankan urusniaga jual beli di atas talian dengan lebih bijak supaya peserta dapat menjamin hak mereka daripada penipuan, keselamatan dan lain-lain.

  • Gambar Aktiviti

.

Tujuan

    • Pusat Internet Kalumpang telah menganjurkan Program Hari Bersama Komuniti. Tujuan perlaksanaan program ini adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan PI sebagai pusat komuniti, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti dan agensi, mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk dan mempromosikan program advokasi MCMC, Dashboard Komuniti dan Pusat Internet.
  • .
  • Aktiviti

  • Pelaksanaan utama adalah taklimat advokasi MCMC, Dashboard Komuniti, pameran agensi, bengkel usahawan, pertandingan Klik Dengan Bijak online, pertandingan Typing online dan pertandingan gubahan tuala. Aktiviti lain yang dijalankan adalah saringan kesihatan, aktiviti dashboard komuniti, mini games, promosi pusat internet kalumpang dan e-waste.