Tarikh : 05 April 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran :Klinik Kesihatan Kalumpang |
.
Tujuan
-
Kelab Warga Emas merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan komuniti dan badan bukan kerajaan dalam penjagaan warga emas. Ia adalah kelab di bawah naungan dan initiatif Klinik Kesihatan di Malaysia. Setakat 2017, terdapat 233 buah Kelab Warga Emas yang bernaung di bawah Klinik Kesihatan induk di seluruh Malaysia.
Objektif khusus penubuhan Kelab Warga Emas adalah:
-
1) Mewujudkan dan memperkukuhkan Kelab Warga Emas dalam komuniti
-
2) Memperkukuhkan kerjasama antara komuniti, badan bukan kerajaan dan badan kerajaan
-
3) Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab komuniti dalam penjagaan kesihatan warga emas.
- .
-
Aktiviti
Mesyuarat ini adalah diantara Kelab Warga Emas Kalumpang dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang. Pelaksanaan utama mesyuarat ini adalah bagi membincangkan hala tuju dan aktiviti Kelab Warga Emas di Kalumpang. Mesyuarat juga membincangkan kerjasama antara Kelab Warga Emas, Klinik Kesihatan Kalumpang dan PI Kalumpang berkenaan program Kem Kesihatan Warga Emas & Saringan Diabetis Retinopati yang akan di anjurkan oleh Klinik Kesihatan Kalumpang. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan Pusat Internet Kalumpang. Aktiviti lain yang dijalankan adalah advokasi Klik Dengan Bijak.
- Gambar Aktiviti
Tarikh : 03 April 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
Tujuan
- Microsoft word adalah satu komponen daripada Microsoft Office yang sering digunakan bagi tujuan seperti penulisan resume, surat, karangan dan lain-lain.
- Kelas Asas Microsoft Word adalah bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada perisian Microsoft Word dan membimbing peserta dengan perkara asas untuk meggunakan Microsoft Office.
- .
-
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas Microsoft Office. Peserta tediri daripada pelajar sekolah. Peserta di ajar cara-cara menggunakan Microsoft Office bagi tujuan seperti membuat projek sekolah, karangan dan lain-lain.
Tarikh : 24 Mac 2019 Lokasi : Balairaya Kg Pasir Puteh, Kalumpang Anjuran : MPKK Kg Pasir Puteh |
.
Tujuan
- PI Kalumpang telah di jemput untuk bersama-sama menjayakan program Kursus Membuat Kuih Talam bertempat di Balairaya Kg Pasir Puteh, Kalumpang. Kursus ini telah di rasmikan oleh YB Puan June Leow, Ahli Parlimen Hulu Selangor. Turut hadir adalah pemimpin masyarakat di kawasan Kalumpang.
- Kehadiran PI Kalumpang di kursus ini adalah salah satu usaha bagi jalinan kerjasama antara PI Kalumpang dan organisasi di Kalumpang di samping sebagai satu kaedah promosi PI Kalumpang kepada organisasi, pemimpin dan masyarakat.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama kursus ini adalah cara-cara membuat aneka jenis kuih Talam. Aktiviti lain yang di jalankan adalah cabutan bertuah dan promosi PI Kalumpang.
Tarikh : 04 April 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
Tujuan
- Kelas Asas Suntingan Imej adalah bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada asas suntingan imej menggunakan komputer seperti menggunakan medium seperti Microsoft Office, Paint dan lain,
- .
-
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas carian imej melalui internet, suntingan imej menggunakan medium-medium asas seperti Microsoft dan lain-lain.
- Gambar Aktiviti
Tarikh : 21 Mac 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
.
Tujuan
- Pihak Klinik Kesihatan Kalumpang melalui Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang telah berpeluang menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Program "Lindungi Mata Anda" Bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang yang di sertai oleh pihak Klinik Kesihatan Kalumpang, Penghulu Mukim Kalumpang, Ketua Balai Polis Kalumpang, Ketua Kampung dan komuniti dari Kalumpang, Hulu Bernam dan Kerling. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan Pusat Internet Kalumpang di samping mewujudkan kerjasama bersama pihak Klinik Kesihatan Kalumpang.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah Mesyuarat Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang bersama komuniti Kalumpang. Aktiviti lain yang di jalankan adalah Advokasi Klik Dengan Bijak dan promosi PI Kalumpang.
- Gambar Aktiviti