Tarikh : 03 Mac 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
.
Tujuan
- Pihak Pengurusan Air Selangor telah membuka kaunter khidmat komuniti Pengurusan Air Selangor dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang bagi tujuan khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Aktiviti ini di jalankan setelah pihak Air Selangor dan Pusat Internet Kalumpang menerima aduan penduduk mengenai pelbagai masalah terutamanya masalah penduduk yang tidak menerima notis bil air setiap bulan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memudahkan penduduk setempat yang sukar untuk pergi ke Pejabat Air Selangor terutamanya bagi golongan warga emas.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan Pusat Internet Kalumpang.
- Gambar Aktiviti