• Microsoft word adalah satu komponen daripada Microsoft Office yang sering digunakan bagi tujuan seperti penulisan resume, surat, karangan dan lain-lain.
  • Kelas Asas Microsoft Word adalah bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada perisian Microsoft Word dan membimbing peserta dengan perkara asas untuk meggunakan Microsoft Office. 
  • .
  • Aktiviti

    Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas Microsoft Office dan aktiviti penulisan surat rasmi.


  • E-learning adalah cara pembelajaran menggunakan medium dan kaedah teknologi pendidikan. Pelajar di dedahkan dengan penggunaan teknologi seperti penggunaan komputer dan internet sebagai salah satu cara pembelajaran alternatif.
  • .
  • Aktiviti

    Aktiviti e-pembelajaran ini di laksanakan terhadap pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang melalui cuti sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti kuiz dan typing secara online dimana aktiviti diharap dapat mendedahkan dan melatih pelajar mengenai penggunaan komputer dan internet.

.

Tujuan

  • Pihak Pengurusan Air Selangor telah membuka kaunter khidmat komuniti Pengurusan Air Selangor dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang bagi tujuan khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Aktiviti ini di jalankan setelah pihak Air Selangor dan Pusat Internet Kalumpang menerima aduan penduduk mengenai pelbagai masalah terutamanya masalah penduduk yang tidak menerima notis bil air setiap bulan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memudahkan penduduk setempat yang sukar untuk pergi ke Pejabat Air Selangor terutamanya bagi golongan warga emas.
  • .
  • Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah khidmat pelanggan untuk urusan pembayaran bil air, semakan bil air, kemaskini dan lain urusan berkaitan. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk  mempromosikan Pusat Internet Kalumpang. 


.

Tujuan

  • Pusat Internet Kalumpang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kalumpang telah menganjurkan Program Jom SIhat Dan Kesihatan Warga Emas. Tujuan perlaksanaan aktiviti ini adalah bagi memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti dan agensi, mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih dan mempromosikan program advokasi MCMC, Dashboard Komuniti dan Pusat Internet.
  • .
  • Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah aktiviti senamrobik, taklimat advokasi MCMC, Dashboard Komuniti, ceramash kesihatan "Gaya Hidup Sihat", Demo masakan sihat oleh Pegawai Sains Pemakanan KKM dan Demo masakan DIm Sum oleh Tupperware Malaysia. Aktiviti lain yang dijalankan adalah saringan kesihatan, pameran kesihatan dan farmasi, kuiz kesihatan online, aktiviti dashboard komuniti, mini games, promosi pusat internet kalumpang dan e-waste. 

.

Tujuan

  • Pihak Tupperware Rawang dengan kerjasama Pusat Internet kalumpang telah menganjurkan kempen air bersih dan berkualiti dan bengkel keusahawanan. Program ini dianjurkan bagi mengalakkan penglibatan komuniti didalam aktiviti keusahawanan dan juga bagi memberi kesedaran kepada pengguna tentang kualiti air yang digunakan oleh pengguna masa kini.
  • .
  • Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah taklimat keusahawanan dan kempen kesedaran air bersih dan berkualiti. Aktiviti lain yang dijalankan adalah demo masakan sihat, Dim Sum. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk  mempromosikan Pusat Internet Kalumpang.