Tarikh : 05 Ogos 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
Tujuan
- Microsoft word adalah satu komponen daripada Microsoft Office yang sering digunakan bagi tujuan seperti penulisan resume, surat, karangan dan lain-lain.
- Kelas Asas Microsoft Word adalah bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada perisian Microsoft Word dan membimbing peserta dengan perkara asas untuk meggunakan Microsoft Office.
- .
-
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas Microsoft Office. Peserta adalah seorang ahli MPKK Kg Pasir Puteh. Peserta di ajar cara-cara menggunakan Microsoft Office bagi tujuan seperti membuat kertas kerja, laporan dan lain-lain.
Tarikh : 01 & 02 Ogos 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang, PID Tg Malim & GIATMARA Hulu Selangor |
.
Tujuan
-
Shopee adalah satu platform E-Dagang untuk urusan jual beli secara atas talian. Ia adalah salah satu platform membeli belah yang banyak di gunakan oleh pengguna Malaysia bagi membeli dan menjual produk secara atas talian.
-
Aktiviti
-
Aktiviti utama adalah kelas E-dagang Shopee. Pelajar di ajar berkenaan cara penggunaan shopee dan cara memasarkan produk melalui platform Shopee. Aktiviti lain yang di jalankan adalah promosi PI Kalumpang, Klik Dengan Bijak dan Sebenarnya.my
-
Program ini adalah program kolaborasi antara Pusat Internet Kalumpang, Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Malim dan GIATMARA Hulu Selangor bagi membantu, mendedahkan dan mengalakkan peserta yang terdiri daripada penuntut - penuntut GIATMARA menceburi dan mengembangkan perniagaan secara online dengan lebih baik. Di samping itu, program ini juga memupuk peserta bagi menjalankan urusniaga jual beli di atas talian dengan lebih bijak supaya peserta dapat menjamin hak mereka daripada penipuan, keselamatan dan lain-lain.
- Gambar Aktiviti
Tarikh : 23 - 27 Julai 2019 Lokasi : Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu Anjuran : Darul Quran Jakim |
.
Tujuan
-
Pihak Darul Quran Jakim telah menjemput Kluster Pusat Internet Hulu Selangor bagi menjayakan Expo Konvokesyen Darul Quran Jakim. Program ini di anjurkan dari 23 hingga 27 Julai 2019 bertempat di Darul Quran Jakim Kuala Kubu Bharu, Selangor.
- .
-
Aktiviti
Pihak Kluster Pusat Internet Hulu Selangor telah membuka booth bagi tujuan mempromosi PI, aktiviti dan program PI, pemeriksaan kesihatan dan taklimat dan aktiviti advokasi MCMC dan Klik Dengan Bijak. Aktiviti ini dapat memberikan ruang kepada pihak Pusat Internet bagi mengalakkan penyertaan masyarakat menggunakan perkhidmatan Pusat Internet di samping mempromosi, memperkenalkan dan memberi informasi berhubung perkara-perkara melibatkan Pusat Internet seperti operasi, perkhidmatan dan lain-lain.
- Gambar Aktiviti
Tarikh : 28 Julai 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang & MPKK Kg Pasir Puteh |
Tujuan
- Microsoft word adalah satu komponen daripada Microsoft Office yang sering digunakan bagi tujuan seperti penulisan resume, surat, karangan dan lain-lain.
- Kelas Asas Microsoft Word adalah bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada perisian Microsoft Word dan membimbing peserta dengan perkara asas untuk meggunakan Microsoft Office.
- .
-
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas Microsoft Office. Program ini adalah anjuran bersama di antara Pusat Internet Kalumpang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Pasir Puteh. Peserta tediri daripada ahli jawantakuasa MPKK Kg Pasir Puteh, Kalumpang. Peserta di ajar cara-cara menggunakan Microsoft Office bagi tujuan seperti membuat kertas kerja, laporan dan lain-lain.
Tarikh : 19 Julai 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Klinik Kesihatan Kalumpang & Pusat Internet Kalumpang |
.
Tujuan
- Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang adalah sebuah panel di bawah seliaan pihak Klinik Kesihatan Kalumpang yang di tubuhkan bagi mewujudkan kerjasama dan hubungan antara pihak Klinik Kesihatan Kalumpang dan masyarakat. Panel ini terdiri daripada pihak kakitangan Klinik Kesihatan Kalumpang dan anggota masyarakat yang di pilih. Antara tujuan penubuhan panel ini adalah bagi memudahkan perhubungan antara pihak klinik dan masyarakat, hebahan maklumat dan informasi terkini, program-program anjuran KKM dan lain - lain.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah Mesyuarat Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang bersama komuniti Kalumpang. Aktiviti lain yang di jalankan adalah Advokasi Klik Dengan Bijak dan promosi PI Kalumpang.
- Gambar Aktiviti