• Bengkel Sistem HRMIS (Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia) di jalankan untuk memperkenalkan dan melatih petugas dari KEMAS untuk menggunakan sistem HRMIS.
  • .
  • Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah pengenalan sistem HRMIS, praktikal penggunaan sistem HRMIS dan di sertai dengan program dari Pusat Internet Kalumpang iaitu promosi Pusat Internet, advokasi SKMM dan promosi program e-Rezeki.

 

Tujuan

  • Karnival Kesihatan Pusat Internet-KOSPEN telah diadakan pada 12 Mei 2018 bertempat di Pusat Internet Haji Dorani, Sabak Bernam. Program disertai oleh pegawai dari MSD, KKM, SKMM dan petugas Pusat Internet di Selangor. Pusat Internet Negeri Selangor adalah Projek Pilot bagi program kerjasama Pusat Internet dan KOSPEN.
  • .
  • Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah majlis perasmian penutup Karnival Kesihatan Pusat Internet-KOSPEN. Perasmian telah di lakukan oleh Encik Adrain Abdul Ghani, Pengarah Kanan SKMM. Aktiviti lain yang di jalankan adalah aktiviti KOSPEN, Dashboard Komuniti, Senamrobik, Pertandinagan Bento dan masakan dan penyampaian hadiah dan cenderahati. Pusat Internet Kalumpang telah berjaya menerima anugerah 3 Pusat Internet terbaik bagi saringan kesihatan KOSPEN.

Tarikh      : 25 April 2018

 Lokasi    : Pusat Internet Kalumpang

 Anjuran  : KEMAS Dun Hulu Bernam

 

Tujuan

  • KEMAS Dun Hulu Bernam dengan kerjasama PI Kalumpang telah menganjurkan Bengkel Guru Tabika KEMAS Dun Hulu Bernam bertempat di Pusat Internet Kalumpang.
  • .
  • Aktiviti
  • .
  • Pelaksanaan utama adalah aktiviti bengkel pengisian data KEMAS, penyerahan barang keperluan Tabika KEMAS dan perbincangan aktiviti dan program KEMAS. Aktivit lain yang dijalankan adalah promosi Pusat Internet dan aktiviti advokasi MCMC.

 

Tujuan

  • Latihan Asas Microsoft Office adalah program yang di laksanakan untuk membantu pengguna memgenali dan meningkatkan kemahiran penggunaan perisian Microsoft Office bagi kegunaan pengguna samaada untuk perniagaan, pekerjaan, persekolahan dan kegunaan harian.
  • .
  • Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan medium asas di dalam perisian Microsoft Office. Kelas yang di jalankan pada sesi ini lebih menumpukan kepada cara-cara penggunaan Microsoft Office Excel. Aktiviti lain adalah promosi Pusat Internet dan advokasi MCMC. 

Tarikh      : 18 April 2018

 Lokasi    : Universiti Pendidikan Sultan Idris

 Anjuran  : Fakulti Pembangunan Manusia UPSI

 

Tujuan

  • PI Kalumpang telah di jemput untuk menjayakan Hari Kesedaran Kesihatan Mental "Exploring Positive Mental Health" anjuran Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat mengenai kesihatan mental..
  • .
  • Aktiviti
  • .
  • Pelaksanaan utama adalah aktiviti seperti program kempen Kesihatan Mental, senamrobik dan acara sukan. Aktivit yang dijalankan oleh PI kalumpang adalah saringan kesihatan, promosi Pusat Internet dan aktiviti advokasi MCMC.

  • Gambar Aktiviti
  • Video Aktiviti