Tarikh : 26 Oktober 2018 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran :Klinik Kesihatan Kalumpang |
.
Tujuan
-
Kelab Warga Emas merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan komuniti dan badan bukan kerajaan dalam penjagaan warga emas. Ia adalah kelab di bawah naungan dan initiatif Klinik Kesihatan di Malaysia. Setakat 2017, terdapat 233 buah Kelab Warga Emas yang bernaung di bawah Klinik Kesihatan induk di seluruh Malaysia.
Objektif khusus penubuhan Kelab Warga Emas adalah:
-
1) Mewujudkan dan memperkukuhkan Kelab Warga Emas dalam komuniti
-
2) Memperkukuhkan kerjasama antara komuniti, badan bukan kerajaan dan badan kerajaan
-
3) Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab komuniti dalam penjagaan kesihatan warga emas.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama mesyuarat ini adalah bagi menubuhkan Kelab Warga Emas di Kalumpang, penerangan objektif kelab dan lantikan ahli jawantankuasa sementara kelab. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan Pusat Internet Kalumpang.