.

Tujuan

  • Kelab Warga Emas merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan komuniti dan badan bukan kerajaan dalam penjagaan warga emas. Ia adalah kelab di bawah naungan dan initiatif Klinik Kesihatan di Malaysia. Setakat 2017, terdapat 233 buah Kelab Warga Emas yang bernaung di bawah Klinik Kesihatan induk di seluruh Malaysia.

    Objektif khusus penubuhan Kelab Warga Emas adalah:

  • 1) Mewujudkan dan memperkukuhkan Kelab Warga Emas dalam komuniti

  • 2) Memperkukuhkan kerjasama antara komuniti, badan bukan kerajaan dan badan kerajaan

  • 3) Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab komuniti dalam penjagaan kesihatan warga emas.

  • .
  • Aktiviti

    Mesyuarat ini adalah diantara Kelab Warga Emas Kalumpang dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kalumpang dengan kerjasama Pusat Internet Kalumpang. Pelaksanaan utama mesyuarat ini adalah bagi membincangkan hala tuju dan aktiviti Kelab Warga Emas di Kalumpang. Mesyuarat juga membincangkan kerjasama antara Kelab Warga Emas, Klinik Kesihatan Kalumpang dan PI Kalumpang berkenaan program Kem Kesihatan Warga Emas & Saringan Diabetis Retinopati yang akan di anjurkan oleh Klinik Kesihatan Kalumpang. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti untuk  mempromosikan Pusat Internet Kalumpang. Aktiviti lain yang dijalankan adalah advokasi Klik Dengan Bijak.

  • Gambar Aktiviti