USAHAWAN KURMA SEGAR

Nama Ahmad Khairul Amirin Bin Che Abd Hamid  
Umur : 27
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Encik Ahmad Khairul merupakan usahawan kurma segar. Beliau memulakan perniagaan sebelum ini secara offline dan kini berjinak-jinak untuk mengembangkan perniagaan dengan cara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan platform media sosial untuk pasarkan produk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Ahmad Khairul setelah dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, kini beliau dapat mencuba platform myShop dalam Dashboard Komuniti selain menggunakan platform Shopee di mana mempunyai target pelanggan yang lebih luas. Manakala, pelanggan beliau kini dari seluruh negara disamping berpendapatan setiap bulan mencecah RM500-RM1000 ke atas.