Tarikh     : 04 Mac 2018

 Lokasi    : PI Kalumpang

 Anjuran  : Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor

 

Tujuan

  • Pengenalan dan latihan refresher dan sistem MOVES bagi sukarelawan KOSPEN di lokaliti Zon Kalumpang anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor dengan kerjasama PI Kalumpang. Program di sampaikan oleh Puan Nani dari PKD hulu Selangor. Antara sukarelawan KOSPEN yang terlibat adalah dar Kg Keliang, Kg Hulu Bernam Selatan dan Kg Pasir Kerling.


    Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah pengenalan dan latihan aktiviti KOSPEN dan sistem MOVES. Aktivit lain yang dijalankan adalah promosi PI dan aktiviti advokasi MCMC.

Gambar Aktiviti


 

 Tarikh     : 22 Februari 2018

 Lokasi    : PI Putrajaya Presint 9 Fasa 3

 Anjuran  : MCMC

 

Tujuan

  • Smart Tourism Apps adalah salah satu dari Program DLM untuk Smart Community Initiative dengan objektif utama adalah merapatkan jurang digital diantara kawasan bandar dan luar bandar dan pada masa yang sama meningkatkan status sosioekonomi komuniti tempatan. Pembangunan Smart Tourism Apps (MyCriBooking.com) termasuk portal web, applikasi peranti mudah alih untuk Android dan iOS telah siap dibangunkan pada May 2017.

     

  • Fokus utama modul ini adalah untuk usahawan tempatan didalam sektor pelancongan yang menjalankan aktiviti Homestay, Kampungstay, pakaj pelancongan, Sewa kenderaan dan kraftangan dimana MCMC akan membimbing untuk mendaftar perkhidmatan mereka ke portal web dan applikasi peranti mudah alih. MCMC berkerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia.

  • PI Kalumpang telah di wakili oleh Pengurus PI Kalumpang dan Puan Norafni (Usahawan Kraftangan).


  • Aktiviti

    Aktiviti yang di jalankan adalah pengenalan Digital Lifestyle Malaysia, pengenalan Smart Tourism Apps dan panduan untuk pendaftaran perkhidmatan.

  • Gambar Aktiviti

 Tarikh     : 17 Februari 2018

 Lokasi    : Arina Skyview, Kuala Lumpur

 Anjuran  : Persatuan Wanita Inspirasi Negara

 

Tujuan

  • PI Kalumpang telah dijemput oleh Puan Norhimah selaku Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara untuk menjayakan Sambutan Ulangtahun ke-5 Persatuan Wanita Inspirasi Negara.


    Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah sambutan meraikan sambutan Ulangtahun ke-5 Persatuan Wanita Inspirasi Negara di samping mempromosikan PI Kalumpang.

Gambar Aktiviti


 

 Tarikh     : 21 Februari 2018

 Lokasi    : PI Kalumpang

 Anjuran  : KEMAS Zon Hulu Bernam

 

Tujuan

  • KEMAS Dun Hulu Bernam dengan kerjasama PI Kalumpang telah menjayakan bengkel pengisian maklumat di dalam Sistem Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) bertempat di PI Kalumpang.


    Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah pengenalan dan bengkel pengunaan Sistem Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK). Aktivit lain yang dijalankan adalah promosi PI dan aktiviti advokasi MCMC.

Gambar Aktiviti

 


 

 

 Tarikh     : 13 Februari 2018

 Lokasi    : Pusat Internet Kalumpang

 Anjuran  : Pusat Internet Kalumpang

 

Tujuan

  • Program Hari Bersama Komuniti "Program Komuniti dan Usahawan ICT" adalah program yang di laksanakan untuk mempromosikan ilmu ICT dan multimedia kepada usahawan di Pusat Internet disamping memberi kesedaran ICT melalui taklimat advokasi. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi PI dan Dashboard Komuniti.


    Aktiviti

    Pelaksanaan utama adalah dengan melakukan bengkel asas fotografi dan videografi, kelas asas ICT untuk usahawan, taklimat advokasi dan taklimat Dashboard Komuniti.Antara aktiviti lain yang di anjurkan adalah pemeriksaan kesihatan (MyHealth), promosi produk (MyShop), kempen kitar semula (minyak masak lama dan telefon lama) dan sukaneka. Antara peserta yang terlibat adalah pemimpin komuniti Kalumpang, Tabika KEMAS Kalumpang, GiatMara Hulu Selangor dan komuniti sekitar. 

Gambar Aktiviti