Tarikh : 22 Jun 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
.
Tujuan
-
Dashboard Komuniti merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet. Aplikasi Dashboard Komuniti boleh diakses melalui website http://dashboard.pi1m.my atau juga boleh dimuat turun di applikasi PlayStore pada telefon pintar masing-masing.
Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Antara intipati yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti adalah MyKomuniti, MyShop, MyHealth, MySoal dan lain-lain.
Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
- .
-
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah perlaksanaan dan pengenalan MyKomuniti. Peserta diajar cara mengakses Dashboard Komuniti dan cara-cara penggunaaan Dashboard Komuniti. Peserta juga diajar cara-cara untuk menggunakan MyKomuniti dan cara memasukkan artikel ke dalam MyKomuniti.
- Gambar Aktiviti