Tarikh : 13 Februari 2018 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
Tujuan
- Program Hari Bersama Komuniti "Program Komuniti dan Usahawan ICT" adalah program yang di laksanakan untuk mempromosikan ilmu ICT dan multimedia kepada usahawan di Pusat Internet disamping memberi kesedaran ICT melalui taklimat advokasi. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi PI dan Dashboard Komuniti.
AktivitiPelaksanaan utama adalah dengan melakukan bengkel asas fotografi dan videografi, kelas asas ICT untuk usahawan, taklimat advokasi dan taklimat Dashboard Komuniti.Antara aktiviti lain yang di anjurkan adalah pemeriksaan kesihatan (MyHealth), promosi produk (MyShop), kempen kitar semula (minyak masak lama dan telefon lama) dan sukaneka. Antara peserta yang terlibat adalah pemimpin komuniti Kalumpang, Tabika KEMAS Kalumpang, GiatMara Hulu Selangor dan komuniti sekitar.