Hulu Selangor
Daerah Hulu Selangor (dahulunya dieja sebagai Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Utara negeri Selangor. Berkeluasan 174, 047 hektar, Hulu Selangor merupakan daerah terbesar di antara sembilan daerah (13 mukim) yang terdapat di negeri Selangor. Ia bersempadan dengan negeri Pahang di sebelah timur dan negeri Perak di sebelah utara. Jumlah penduduknya lebih kurang 200,000 orang (2010) lebih kurang sama dengan Negeri Perlis. Kini semakin meningkat sejajar dengan pembangunan semasa.
Sumber: http://2.bp.blogspot.com, 2010
Daerah ini dahulunya dikenali dengan ‘The Sleeping Hollow’ kerana kedudukannya yang terpinggir daripada kemajuan. Namun kini, daerah Bunga Matahari ini dikenali sebagai hab industri automotif negara dan kian pesat membangun. Daerah ini mempunyai 13 mukim dan boleh diakses melalui beberapa jalan utama iaitu:
- Jalan Persekutuan dari Rawang (Selatan).
- Jalan Persekutuan dari Tanjung Malim (Utara).
- Lebuh raya Utara – Selatan PLUS, susur keluar Bukit Beruntung, Bukit Tagar, Lembah Beringin dan Tanjung Malim.
- Jalan Sungai Tua, Batu Caves – Hulu Yam Bharu.
- Jalan Genting Highlands (Gohtong Jaya) – Batang Kali.
- Jalan Bukit Fraser – Hulu Bernam.
- Jalan Sungai Besar – Hulu Bernam.
- Jalan Batang Berjuntai – Bukit Tagar.
BIL |
MUKIM |
KELUASAN(HEKTAR) |
KELUASAN(EKAR) |
1 |
Hulu Bernam (Utara dan Selatan) |
44,680 |
11,0405 |
2 |
Kalumpang |
4,144 |
10,240 |
3 |
Kuala Kalumpang |
3,885 |
9,599 |
4 |
Sungai Gumut |
4,144 |
10,240 |
5 |
Sungai Tinggi |
16,006 |
39,550 |
6 |
Kerling |
17,534 |
43,326 |
7 |
Ampang Pecah |
4,143 |
10,237 |
8 |
Buloh Telur |
2,589 |
6,397 |
9 |
Pertak |
20,383 |
50,366 |
10 |
Rasa |
8,262 |
20,416 |
11 |
Batang Kali |
16,265 |
40,191 |
12 |
Hulu Yam |
11,111 |
27,456 |
13 |
Serendah |
12,901 |
51,647 |
JUMLAH |
174,047 |
430,070 |
Sumber: Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor, 2007
Daerah Hulu Selangor kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan" .
Pada masa ini Daerah Hulu Selangor berkembang pesat dengan wujudnya pelbagai projek mega seperti Kawasan Perusahaan Otomobil Nasional Kedua atau Perodua, Nissan Tan Chong, Kawasan Perindustrian di Rasa, Antara Gapi,
Sungai Choh, Kawasan Perumahan Baru di Sungai Buaya, Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Lebuhraya PLUS, Tren Komuter dan estet-estet seperti pisang 'Dole', kelapa sawit dan getah.
Namun begitu Daerah Hulu Selangor tetap mengekalkan empat puluh peratus (40%) kawasan hijau supaya daerah ini masih segar dengan alam semula jadi dan pemangkin kehidupan kesejahteraan Tuhan, Manusia, dan Alam Sekitar.
Sungai-sungai seperti Sugai Serendah, Sungai Batang Kali, Sungai Inki, Sungai Kerling, Sungai Liam dan Sungai Bernam mengalir dengan kehidupan lestari.
Begitu juga dengan Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Buloh yang menampung air bersih kepada setengah penduduk di Lembah Klang.
Kawasan kaki Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan bukit bukau yang menghijau dan mengkagumkan serta kehidupan liar termasuk serangga dan burung serta flora dan fauna menghiasi kehidupan tenang di Daerah Hulu Selangor.
Kalumpang
Kalumpang merupakan salah satu mukim yang terdapat dalam daerah Hulu Selangor. Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (2007), kawasan mukim Kalumpang meliputi keluasan 4,144 Hektar atau 10, 240 ekar.
Sumber: Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor, 2007
Senarai Nama Kampung / Taman yang terdapat di Kalumpang adalah seperti berikut:
- Taman Tempua Bestari.
- Kampung Gumut Tambahan.
- Kampung Gumut.
- Taman Kalumpang.
- Kampung Baru Sejantung (Kampung Baru Cina).
- Taman Musabika.
- Kampung Titiwangsa.
- Taman Merpati.
- Taman Desa Kenari
- Taman Rajawali.
- Kampung Pasir Putih.
- Kampung Sungai Limau.
- Kampung Sungai Sabai.
- Kampung Sungai Serian (Sungai Gumut Estate).
- Kampung KL Tin (Kampung Benggali).
- Kampung Keliang.
- Taman Desa Keliang.
- Kampung Jelutong Tambahan.
Ahli Parlimen Hulu Selangor
Y.B. Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun |
Kawasan : P094 Hulu Selangor Alamat Pejabat:
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Tel: - Faks: -
Alamat Surat Menyurat; No.37-1, Jalan Adenium 1A,Seksyen BB5, Bukit Beruntung, Berunga, 48300 Rawang, Selangor
|
Ahli DUN Hulu Bernam
Penghulu Mukim Kalumpang
Encik Mohd Ezham bin Mohd Azmi
|
Kawasan: Mukim Kalumpang Alamat Pejabat: Rumah dan Pejabat Penghulu Mukim Kalumpang, JKR 1772, Jalan Meranti 1, Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Tel: 03-60493863 H/P: 012-7122727 |
Populasi Penduduk Kalumpang Mengikut Kaum / Jantina
KAUM |
KAMPUNG PASIR PUTEH |
KAMPUNG GUMUT / KAMPUNG TITIWANGSA |
KAMPUNG KELIANG |
||||||
JANTINA (LELAKI / PEREMPUAN) |
L |
P |
JUMLAH |
L |
P |
JUMLAH |
L |
P |
JUMLAH |
Melayu |
240 |
250 |
490 |
270 |
267 |
537 |
540 |
250 |
540 |
Cina |
- |
- |
47 |
43 |
90 |
- |
- |
- |
|
India |
- |
- |
46 |
37 |
83 |
60 |
60 |
||
Lain - lain |
- |
- |
- |
- |
- |
- |
- |
- |
|
Bukan Warganegara |
- |
- |
6 |
4 |
10 |
- |
- |
- |
|
JUMLAH BESAR |
490 |
720 |
600 |