Adelia Hill Farm Kalumpang

Adelia Hill Farm Kalumpang mula dibuka pada 7 Jun 2015. Rumah Ladang berkonsep mewah ini merangkumi Vila Adelia, ladang dan kolam ikan. Selain itu, di kawasan ladang ini turut dipelihara dengan haiwan ternakan seperti rusa, burung unta, itik, burung merak dan ayam. Kawasan ini berkeluasan 5 ekar dan dilatari dengan keindahan Air Terjun Sungai Inki yang mendamaikan.

Adelia Hill Farm Kalumpang terbina daripada kayu yang berkualiti dengan seni bina yang teliti. Ruang tamunya merangkumi ruang makan dan dapur yang besar di mana pengunjung dapat menikmati pemandangan yang indah melalui dek. Televisyen, almari pakaian dan rak peralatan turut disediakan untuk pengunjung.

Villa ini dilengkapi 3 buah bilik besar yang mengandungi katil bersaiz queen dan 1 bilik yang mengandungi 2 katil berkembar. Alat pendingin hawa turut disediakan bagi setiap bilik selain dilengkapi dengan tingkap bersaiz besar untuk memudahkan pengunjung menikmati pemandangan.

Selain itu, kemudahan yang disediakan ialah seterika dan tempat seterika, pengering rambut, kawasan berbeku, dan tikar sembahyang.

Nama Perniagaan

Adelia Hill Farm Kalumpang

Pemilik

 

Alamat

Lot 397, Jalan Besar, Kampung Pasir Putih Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Nombor untuk dihubungi

No. Tel Bimbit: 019-7577 239

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

FB

https://www.facebook.com/adeliahillfarm 

Koordinat

3.38’28.7”N / 101.35’06.7”E https://goo.gl/maps/9fe7m