Sungai Inki, Kalumpang

NaharaResort4Sumber:http://www.tatysalina.com

 

Bagi mereka yang gemar menikmati alam semula jadi dan merancang untuk berlibur di hujung minggu bersama keluarga, atau mencari lokasi untuk sebarang aktiviti berkelah bersama teman, program motivasi mahupun seminar dengan berkonsepkan panorama hijau yang mendamaikan, Sungai Inki yang terletak dalam kawasan Kampung Pasir Puteh Kalumpang merupakan destinasi santai yang menyeronokkan untuk dikunjungi. Terdapat satu tempat rekreasi awam yang di selia oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dan  tiga resort yang menawarkan pelbagai kemudahan dengan bayaran yang berpatutan untuk pengunjung iaitu:

1. Kalumpang Resort & Training centre (KRTC)
2. The Nahara Resort
3. Refreshing Spring Resort

 

Selain kesemua resort yang disebutkan tadi, terdapat satu lagi kawasan penginapan berkonsepkan rumah ladang iaitu Adelia Hill Farm Kalumpang.

 

Sungai Inki (Kawasan Rekreasi Awam)

PANO 20170622 082324

IMG 20170622 082037IMG 20170622 08211311IMG 20170622 082539m

Kawasan rekreasi Sungai Inki merupakan tempat rekreasi awam yang di selia oleh Majlis Daerah Hulu Selangor. Aktiviti seperti berkelah, berkhemah dan lain-lain dapat di lakukan di sini. Antara kemudahan yang di sediakan adalah seperti tempat meletak kenderaan, tandas, wakaf, pondok dan kawasan perkhemahan.

 

ATV Offroad Kalumpang

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa di Kalumpang juga terdapat satu kawasan aktiviti sukan lasak, ATV Offroad yang terletak di Kampung Gumut Kalumpang.

 


Kalumpang Resort & Training Centre (KRTC)

selamat-datang-kalumpang-resort
Sumber: anarm.net

Kalumpang Resort & Training centre (KRTC) ialah resort milik Bumiputera dan telah beroperasi sejak tahun 2005. Ia telah dibina dalam kawasan dusun buah-buahan di tanah seluas 17 ekar.

KRTC mempunyai lebih 70 unit chalet yang berkonsepkan elemen semulajadi dan moden. Kesemua Chalet ini ditawarkan dengan harga berpatutan mengikut bilangan peserta dan bajet pengunjung. Antaranya:

- Chalet Bahteraku
- Chalet 1 ½ Tingkat
- Chalet River View
- Chalet 1 ½ Tingkat Besar
- Chalet Atas Bukit
- Chalet Villa Suite
- Chalet Hill Homes
- Chalet Tepi Sungai
- Chalet Kabin
- Chalet VIP Suite
- Chalet Perindu
- Chalet Serama
- Chalet Walid
- Chalet Kiwi
- Chalet Kedidi

 

Selain itu, ia mempunyai asrama yang mampu menampung kapasiti yang besar dengan haraga yang berpatutan, iaitu:

- Mini Asrama
- Asrama Memerang
- Asrama Bangau

 

KRTC turut menyediakan tapak perkhemahan untuk menampung jumlah pengunjung yang datang secara berkumpulan untuk sebarang aktiviti seperti berikut:

- Latihan/Kursus/Seminar/ Mesyuarat
- Perkhemahan
- Aktiviti Outdoor (Abseiling, Tiubing, Flying Fox, Pacuan 4 Roda)
- Team Building
- Hari Keluarga
- Perkelahan / Percutian Keluarga
- BBQ
- Sukaneka
- Majlis Keraian
- Lawatan Ladang


Ia turut dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut:

- Surau
- Kafe
- Wakaf
- Tandas Awam
- Zoo Mini
- Parkir
- Taman Permainan
- Kolam Mandi
- Kolam Ikan
- Taman Rekreasi
- Padang
- Dewan
- Coffee House
- Kedai Cenderamata
- Mini Market
- Tempat Berkelah
- Rentas Halangan


Nama Perusahaan

Kalumpang Resort & Training Centre (KRTC)  

No. Pendaftaran Perniagaan

001518332-A

Alamat & Nombor untuk dihubungi (Ibu Pejabat)

Lot 426 & 427 Jalan Sungai Inki, Kampung Pasir Putih Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

 

 

Telefon : 03-6049 1969

 

Faks     : 03-6049 1087

Alamat & Nombor untuk dihubungi (Pejabat Jualan)

No.37A Jalan Lawan Pedang13/27, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

 

Telefon : 03-5510 9145 / 03-5511 1204

Faks     : 03-5510 4516

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Sesawang

http://kalumpangresort.com.my

 


The Nahara

Antara aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung di sini ialah:

- BBQ
- Hari Keluarga
- Jungle Trekking
- Jungle Adventure
- Seminar/Bengkel
- Riadah/Sukan
- Team Building
 
 
 
 
NaharaResort3

Sumber:http://www.tatysalina.com

Kemudahan yang disediakan di The Nahara ialah:

- Bilik Mandi/Bilik Persalinan
- Tapak Perkhemahan
- Katering
- Chalet
- Dewan Makan
- Dorm
- Surau
- Dewan Terbuka
- Dataran
- Pentas Terbuka
- Parkir
- Wakaf
- Padang
- Tandas
- Kebun Buah-buahan


Selain itu, The Nahara turut menawarkan perkhidmatan Wi-fi dan Astro untuk keselesaan pengunjung. Pengunjung akan dibekalkan dengan kelengkapan seperti televisyen, pemain DVD dan dapur serta bilik yang selesa untuk bersantai dan merehatkan diri setelah kepenatan menjalankan aktiviti pada siang hari.

The Nahara turut menyediakan kebun buah-buahan, taman dan tasik buatan seluas 6 ekar untuk pengunjung. Sejajar dengan konsep Agritourism, ia membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman melihat proses penanaman, pemungutan hasil tuaian serta pemprosesan buah-buahan dan sayuran-sayuran yang dipetik segar. Selain itu, pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman memelihara ayam dan ikan di kebun tersebut.

 

Nama Perusahaan

The Nahara

Pemilik

Puan Rahmah & Encik Halim

Alamat

Lot 428 Jalan Besar Kampung Pasir Putih Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Nombor untuk dihubungi

Tel Pejabat: 03-6049 1171

Tel Bimbit  : 019-431 2193 / 017-511 1884

E-mel

 -

Blog

FB

http://thenahara.blogspot.com

https://www.facebook.com/thenaharakalumpang

 


Refreshing Spring Resort 

Refreshing Spring Resort terletak di PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Ia menawarkan pelbagai pilihan kemudahan penginapan untuk sebarang aktiviti atau percutian secara berkumpulan. Pihak pengurusan telah meminimumkan jumlah peserta kepada 30 orang untuk setiap tempahan. Pengunjung yang berminat perlu membuat tempahan awal melalui nombor berikut 019-2535988.

Di antara penginapan yang disediakan ialah:

1. Studio
2. Chalet
3. Twin
4. Quad
5. Dormitories

 

Pelbagai aktiviti ditawarkan di Refreshing Spring Resort sekiranya pengunjung berminat iaitu:

1. Hot Spring & Stream
2. Paintball
3. Aktiviti Sukaneka (Telematches)
              - Helium Stick
              - Alligator Swamp
              - Water Rafting
              - Abseiling
              - Flying Fox
              - Wall Climbing

 

Selain itu, terdapat perkhidmatan sewaan ruang untuk sebarang aktiviti team-building, mesyuarat, seminar dan kem motivasi. Antara ruang yang disediakan adalah seperti berikut:

1. Dewan Bunga Raya 
2. Dewan Anggerik 
3. ‘Pondok Besar’
4. Taman Herba 
5. Dewan Makan
6. Gelanggang Bola Keranjang
 
 

Nama Perniagaan

Refreshing Spring Resort

Pemilik

 

Alamat

PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Nombor untuk dihubungi

No. Tel Bimbit : 019-2535 988

E-mel

-

Laman Sesawang

http://refreshingspringresort.com 

 


Adelia Hill Farm Kalumpang

Adelia Hill Farm Kalumpang mula dibuka pada 7 Jun 2015. Rumah Ladang berkonsep mewah ini merangkumi Vila Adelia, ladang dan kolam ikan. Selain itu, di kawasan ladang ini turut dipelihara dengan haiwan ternakan seperti rusa, burung unta, itik, burung merak dan ayam. Kawasan ini berkeluasan 5 ekar dan dilatari dengan keindahan Air Terjun Sungai Inki yang mendamaikan.

Adelia Hill Farm Kalumpang terbina daripada kayu yang berkualiti dengan seni bina yang teliti. Ruang tamunya merangkumi ruang makan dan dapur yang besar di mana pengunjung dapat menikmati pemandangan yang indah melalui dek. Televisyen, almari pakaian dan rak peralatan turut disediakan untuk pengunjung.

Villa ini dilengkapi 3 buah bilik besar yang mengandungi katil bersaiz queen dan 1 bilik yang mengandungi 2 katil berkembar. Alat pendingin hawa turut disediakan bagi setiap bilik selain dilengkapi dengan tingkap bersaiz besar untuk memudahkan pengunjung menikmati pemandangan.

Selain itu, kemudahan yang disediakan ialah seterika dan tempat seterika, pengering rambut, kawasan berbeku, dan tikar sembahyang.

Nama Perniagaan

Adelia Hill Farm Kalumpang

Pemilik

 

Alamat

Lot 397, Jalan Besar, Kampung Pasir Putih Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Nombor untuk dihubungi

No. Tel Bimbit: 019-7577 239

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

FB

https://www.facebook.com/adeliahillfarm 

Koordinat

3.38’28.7”N / 101.35’06.7”E https://goo.gl/maps/9fe7m

 


ATV Offroad Kalumpang

ATV Offroad Kalumpang terletak di Kampung Gumut Kalumpang. Sekiranya anda keluar dari Plaza Tol Tanjung Malim, anda perlu memandu terus sehingga ke lampu isyarat dan belok kanan. Teruskan pemanduan anda arah ke Kuala Kubu Bharu / Rawang sehingga memasuki kawasan Kampung Gumut Kalumpang (bermula dari Klinik Kesihatan Kalumpang dan Pusat Internet 1Malaysia Kalumpang). Dalam anggaran 100 meter, sebelum tiba ke stesen minyak Caltex, anda perlu memasuki lorong kecil di sebelah kiri untuk sampai ke tapak ATV Offroad Kalumpang. Di seberang jalan kecil tersebut, terdapat pondok menunggu bas sebagai tanda arah.

Sekiranya anda memandu dari Rawang / Kuala Kubu Bharu, teruskan pemanduan anda sehingga menemui Stesen Minyak Caltex Kalumpang dan melepasi jambatan. Anda perlu membelok ke lorong kecil di sebelah kanan dan jadikan pondok menunggu bas sebagai tanda arah.

ATV Offroad Kalumpang menawarkan pengalaman menarik untuk mereka yang gemarkan cabaran dan aktiviti lasak. Kedudukannya di Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 300-750 meter di atas laut menyediakan panorama alam semulajadi yang menarik. Pengunjung akan dibawa oleh dua petugas mengikut pakej dan laluan yang anda pilih. Laluan yang ditawarkan bermula dari Base Camp (Kampung Gumut Kalumpang) ke Kolam Air Panas Kerling atau daripada Base Camp ke Mini Hydro dengan jarak 13km daripada Base Camp. Pakej berharga dari RM 150 ke RM 200 mengikut laluan pilihan.

Nama Perniagaan

ATV Offroad Kalumpang

Pemilik

 

Waktu Operasi

Isnin-Khamis : 10.00 pagi-5.00petang

Sabtu-Ahad   : 10.00 pagi-6.00petang

Alamat

Kampung Gumut Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Nombor untuk dihubungi

No. Tel Bimbit: 016-685 7434 / 012-915 1024 

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Sesawang

http://atvkalumpang.blogspot.com/ 

FB

https://www.facebook.com/ATVOffroadKalumpang 

 


Air Terjun Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu

Kuala Kubu Bharu merupakan salah satu pekan yang berhampiran dengan Kalumpang. Kuala Kubu Bharu juga mempunyai pelbagai tempat menarik, salah satu tempat tarikan pengunjung yang terdapat di Kuala Kubu Bharu ialah Air Terjun Sungai Chiling atau lebih dikenali Santuari Ikan Sungai Chiling. Lokasi Air Terjun Sungai Chiling adalah di Banjaran Bukit Fraser yang terletak selepas empangan Selangor dari Kuala Kubu Bharu berdekatan dengan Sungai Pertak.

Selain itu, Air Terjun Sungai Chiling ini dikawalselia oleh Jabatan Perikanan Negeri dan telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi serta tempat perlindungan ikan kelah untuk memelihara spesis ikan tempatan tersebut dan pengunjung di larang menangkap atau memancing ikan di Sungai Chiling.

 

Panduan ketika berada di Air Terjun Sungai Chiling:

1. Dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

2. Dilarang memasak atau BBQ di kawasan air terjun tetapi hanya dibenarkan memasak atau BBQ di kawasan tapak perkhemahan.

3.Bayaran masuk sebanyak RM1 seorang dan diwajibkan untuk merekod nama, waktu masuk dan keluar di pondok renjer yang disediakan.

4. Bagi beg plastik atau botol mineral yang hendak di bawa akan dikenakan deposit sebanyak RM3 setiap satu dan deposit akan dipulangkan apabila beg plastik atau botol mineral di bawa ke pondok renjer semula sebelum pulang.

5. Di kawasan perkhemahan ada disediakan kemudahan sepeti tandas, tempat mandi, surau dan pondok wakaf untuk berehat.

Sumber:http://www.eshamzhalim.com/santuari-ikan-sungai-chiling-kuala-kubu-bharu/

Nama Perniagaan Air Terjun Sungai Chiling
Pemilik Dikawalselia Jabatan Perikanan Negeri
Alamat Air Terjun Sungai Chiling, 55, 44000 Selangor
Nombor untuk dihubungi Encik Yusri : 0133089463
Emel  
Facebook https://www.facebook.com/pages/Chilling-Waterfall-Kuala-Kubu-Bharu/150004801724891
Koordinator (Timur 101 45.05' , Utara 03 35.71')

 

     

           Sumber : Swang-Swing.blogspot.my    


 Sarang by The Brook

Sarang by The Brook adalah tempat penginapan yang berkonsepkan kontena. Tempat penginapan kontena ini juga merupakan tempat yang popular pada masa sekarang kerana mempunyaai konsep yang berlainan dan unik. Disamping itu, Sarang by The Brook ini terletak di tengah-tengah hutan hijau yang subur. Lokasi tempat ini sesuai bagi mereka yang pencinta Flora dan yang ingin mencari ketenangan.

Kesemua kontena yang terdapat di Sarang by The Brook di warnakan dengan kebiruan yang melambangkan ketenanagan di tengah-tengah hutan hijau.

 

                                                            Sumber : Facebook Sarang by The Brook

 

Setiap bilik yang disediakan mempunyai kemudahan tandas dan penyaman udara. Disamping itu, perkhidmatan lain yang disediakan adalah kolam renang bersaiz besar, bbq set dan kafeteria. Terdapat juga aktiviti luar yang berhampiran dengan Sarang by The Brook ini adalah Air Terjun dan 'Jungle Trekking'.

 

Jenis Bilik dan Harga yang disediakan di Sarang by The Brook:

1. Bilik biasa - 4 bilik (RM 180)

2. Bilik biasa besar - 6 bilik (RM 210)

3. Bilik biasa yang terbesar - 1 bilik (RM 250)

Sumber: http://kaki.sini.com.my/en/container-inspired-accommodation-sarang-brook-kuala-kubu-bharu/

 

                                            Sumber : Facebook Sarang by The Brook                                 

Nama Perniagaan Sarang by The Brook
Pemilik  
Alamat Jalan Seruling 20, Taman Seruling, Kuala Kubu Bharu, 44000 Selangor
Nombor untuk dihubungi Irfan Chen - 0193322448
Emel  
Facebook

https://www.facebook.com/pages/Sarang-by-the-Brook/1554462264856090

Koordinator