Sungai Inki, Kalumpang
Sumber:http://www.tatysalina.com
Bagi mereka yang gemar menikmati alam semula jadi dan merancang untuk berlibur di hujung minggu bersama keluarga, atau mencari lokasi untuk sebarang aktiviti berkelah bersama teman, program motivasi mahupun seminar dengan berkonsepkan panorama hijau yang mendamaikan, Sungai Inki yang terletak dalam kawasan Kampung Pasir Puteh Kalumpang merupakan destinasi santai yang menyeronokkan untuk dikunjungi. Terdapat satu tempat rekreasi awam yang di selia oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dan tiga resort yang menawarkan pelbagai kemudahan dengan bayaran yang berpatutan untuk pengunjung iaitu:
Selain kesemua resort yang disebutkan tadi, terdapat satu lagi kawasan penginapan berkonsepkan rumah ladang iaitu Adelia Hill Farm Kalumpang.
Sungai Inki (Kawasan Rekreasi Awam)
Kawasan rekreasi Sungai Inki merupakan tempat rekreasi awam yang di selia oleh Majlis Daerah Hulu Selangor. Aktiviti seperti berkelah, berkhemah dan lain-lain dapat di lakukan di sini. Antara kemudahan yang di sediakan adalah seperti tempat meletak kenderaan, tandas, wakaf, pondok dan kawasan perkhemahan.
Kalumpang Resort & Training Centre (KRTC)
Sumber: anarm.net
Kalumpang Resort & Training centre (KRTC) ialah resort milik Bumiputera dan telah beroperasi sejak tahun 2005. Ia telah dibina dalam kawasan dusun buah-buahan di tanah seluas 17 ekar.
KRTC mempunyai lebih 70 unit chalet yang berkonsepkan elemen semulajadi dan moden. Kesemua Chalet ini ditawarkan dengan harga berpatutan mengikut bilangan peserta dan bajet pengunjung. Antaranya:
Selain itu, ia mempunyai asrama yang mampu menampung kapasiti yang besar dengan haraga yang berpatutan, iaitu:
KRTC turut menyediakan tapak perkhemahan untuk menampung jumlah pengunjung yang datang secara berkumpulan untuk sebarang aktiviti seperti berikut:
Ia turut dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut:
Nama Perusahaan |
Kalumpang Resort & Training Centre (KRTC) |
No. Pendaftaran Perniagaan |
001518332-A |
Alamat & Nombor untuk dihubungi (Ibu Pejabat) |
Lot 426 & 427 Jalan Sungai Inki, Kampung Pasir Putih Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Telefon : 03-6049 1969
Faks : 03-6049 1087 |
Alamat & Nombor untuk dihubungi (Pejabat Jualan) |
No.37A Jalan Lawan Pedang13/27, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-5510 9145 / 03-5511 1204 Faks : 03-5510 4516 |
E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Laman Sesawang |
The Nahara
Antara aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung di sini ialah:
Sumber:http://www.tatysalina.com
Kemudahan yang disediakan di The Nahara ialah:
Selain itu, The Nahara turut menawarkan perkhidmatan Wi-fi dan Astro untuk keselesaan pengunjung. Pengunjung akan dibekalkan dengan kelengkapan seperti televisyen, pemain DVD dan dapur serta bilik yang selesa untuk bersantai dan merehatkan diri setelah kepenatan menjalankan aktiviti pada siang hari.
The Nahara turut menyediakan kebun buah-buahan, taman dan tasik buatan seluas 6 ekar untuk pengunjung. Sejajar dengan konsep Agritourism, ia membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman melihat proses penanaman, pemungutan hasil tuaian serta pemprosesan buah-buahan dan sayuran-sayuran yang dipetik segar. Selain itu, pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman memelihara ayam dan ikan di kebun tersebut.
Nama Perusahaan |
The Nahara |
Pemilik |
Puan Rahmah & Encik Halim |
Alamat |
Lot 428 Jalan Besar Kampung Pasir Putih Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor |
Nombor untuk dihubungi |
Tel Pejabat: 03-6049 1171 Tel Bimbit : 019-431 2193 / 017-511 1884 |
E-mel |
- |
Blog FB |
Beacon Resort
Refreshing Spring Resort terletak di PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Ia menawarkan pelbagai pilihan kemudahan penginapan untuk sebarang aktiviti atau percutian secara berkumpulan. Pihak pengurusan telah meminimumkan jumlah peserta kepada 30 orang untuk setiap tempahan. Pengunjung yang berminat perlu membuat tempahan awal melalui nombor berikut 019- 833 3378.
Di antara penginapan yang disediakan ialah:
Pelbagai aktiviti ditawarkan di Refreshing Spring Resort sekiranya pengunjung berminat iaitu:
Selain itu, terdapat perkhidmatan sewaan ruang untuk sebarang aktiviti team-building, mesyuarat, seminar dan kem motivasi. Antara ruang yang disediakan adalah seperti berikut:
Nama Perniagaan |
Beacon Resort |
Pemilik |
|
Alamat |
PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor |
Nombor untuk dihubungi |
No. Tel Bimbit : 019-2535 988 |
E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Laman Sesawang |
Adelia Hill Farm Kalumpang
Adelia Hill Farm Kalumpang mula dibuka pada 7 Jun 2015. Rumah Ladang berkonsep mewah ini merangkumi Vila Adelia, ladang dan kolam ikan. Selain itu, di kawasan ladang ini turut dipelihara dengan haiwan ternakan seperti rusa, burung unta, itik, burung merak dan ayam. Kawasan ini berkeluasan 5 ekar dan dilatari dengan keindahan Air Terjun Sungai Inki yang mendamaikan.
Adelia Hill Farm Kalumpang terbina daripada kayu yang berkualiti dengan seni bina yang teliti. Ruang tamunya merangkumi ruang makan dan dapur yang besar di mana pengunjung dapat menikmati pemandangan yang indah melalui dek. Televisyen, almari pakaian dan rak peralatan turut disediakan untuk pengunjung.
Villa ini dilengkapi 3 buah bilik besar yang mengandungi katil bersaiz queen dan 1 bilik yang mengandungi 2 katil berkembar. Alat pendingin hawa turut disediakan bagi setiap bilik selain dilengkapi dengan tingkap bersaiz besar untuk memudahkan pengunjung menikmati pemandangan.
Selain itu, kemudahan yang disediakan ialah seterika dan tempat seterika, pengering rambut, kawasan berbeku, dan tikar sembahyang.
Nama Perniagaan |
Adelia Hill Farm Kalumpang |
Pemilik |
|
Alamat |
Lot 397, Jalan Besar, Kampung Pasir Putih Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor. |
Nombor untuk dihubungi |
No. Tel Bimbit: 019-7577 239 |
E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
FB |
|
Koordinat |
3.38’28.7”N / 101.35’06.7”E https://goo.gl/maps/9fe7m |
Air Terjun Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu merupakan salah satu pekan yang berhampiran dengan Kalumpang. Kuala Kubu Bharu juga mempunyai pelbagai tempat menarik, salah satu tempat tarikan pengunjung yang terdapat di Kuala Kubu Bharu ialah Air Terjun Sungai Chiling atau lebih dikenali Santuari Ikan Sungai Chiling. Lokasi Air Terjun Sungai Chiling adalah di Banjaran Bukit Fraser yang terletak selepas empangan Selangor dari Kuala Kubu Bharu berdekatan dengan Sungai Pertak.
Selain itu, Air Terjun Sungai Chiling ini dikawalselia oleh Jabatan Perikanan Negeri dan telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi serta tempat perlindungan ikan kelah untuk memelihara spesis ikan tempatan tersebut dan pengunjung di larang menangkap atau memancing ikan di Sungai Chiling.
Panduan ketika berada di Air Terjun Sungai Chiling:
1. Dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
2. Dilarang memasak atau BBQ di kawasan air terjun tetapi hanya dibenarkan memasak atau BBQ di kawasan tapak perkhemahan.
3.Bayaran masuk sebanyak RM1 seorang dan diwajibkan untuk merekod nama, waktu masuk dan keluar di pondok renjer yang disediakan.
4. Bagi beg plastik atau botol mineral yang hendak di bawa akan dikenakan deposit sebanyak RM3 setiap satu dan deposit akan dipulangkan apabila beg plastik atau botol mineral di bawa ke pondok renjer semula sebelum pulang.
5. Di kawasan perkhemahan ada disediakan kemudahan sepeti tandas, tempat mandi, surau dan pondok wakaf untuk berehat.
Sumber:http://www.eshamzhalim.com/santuari-ikan-sungai-chiling-kuala-kubu-bharu/
Nama Perniagaan | Air Terjun Sungai Chiling |
Pemilik | Dikawalselia Jabatan Perikanan Negeri |
Alamat | Air Terjun Sungai Chiling, 55, 44000 Selangor |
Nombor untuk dihubungi | Encik Yusri : 0133089463 |
Emel | |
https://www.facebook.com/pages/Chilling-Waterfall-Kuala-Kubu-Bharu/150004801724891 | |
Koordinator | (Timur 101 45.05' , Utara 03 35.71') |
Sumber : Swang-Swing.blogspot.my
Sarang by The Brook
Sarang by The Brook adalah tempat penginapan yang berkonsepkan kontena. Tempat penginapan kontena ini juga merupakan tempat yang popular pada masa sekarang kerana mempunyaai konsep yang berlainan dan unik. Disamping itu, Sarang by The Brook ini terletak di tengah-tengah hutan hijau yang subur. Lokasi tempat ini sesuai bagi mereka yang pencinta Flora dan yang ingin mencari ketenangan.
Kesemua kontena yang terdapat di Sarang by The Brook di warnakan dengan kebiruan yang melambangkan ketenanagan di tengah-tengah hutan hijau.
Sumber : Facebook Sarang by The Brook
Setiap bilik yang disediakan mempunyai kemudahan tandas dan penyaman udara. Disamping itu, perkhidmatan lain yang disediakan adalah kolam renang bersaiz besar, bbq set dan kafeteria. Terdapat juga aktiviti luar yang berhampiran dengan Sarang by The Brook ini adalah Air Terjun dan 'Jungle Trekking'.
Jenis Bilik dan Harga yang disediakan di Sarang by The Brook:
1. Bilik biasa - 4 bilik (RM 180)
2. Bilik biasa besar - 6 bilik (RM 210)
3. Bilik biasa yang terbesar - 1 bilik (RM 250)
Sumber: http://kaki.sini.com.my/en/container-inspired-accommodation-sarang-brook-kuala-kubu-bharu/
Sumber : Facebook Sarang by The Brook
Nama Perniagaan | Sarang by The Brook |
Pemilik | |
Alamat | Jalan Seruling 20, Taman Seruling, Kuala Kubu Bharu, 44000 Selangor |
Nombor untuk dihubungi | Irfan Chen - 0193322448 |
Emel | |
https://www.facebook.com/pages/Sarang-by-the-Brook/1554462264856090 |
|
Koordinator |