Air Terjun Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu

Kuala Kubu Bharu merupakan salah satu pekan yang berhampiran dengan Kalumpang. Kuala Kubu Bharu juga mempunyai pelbagai tempat menarik, salah satu tempat tarikan pengunjung yang terdapat di Kuala Kubu Bharu ialah Air Terjun Sungai Chiling atau lebih dikenali Santuari Ikan Sungai Chiling. Lokasi Air Terjun Sungai Chiling adalah di Banjaran Bukit Fraser yang terletak selepas empangan Selangor dari Kuala Kubu Bharu berdekatan dengan Sungai Pertak.

Selain itu, Air Terjun Sungai Chiling ini dikawalselia oleh Jabatan Perikanan Negeri dan telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi serta tempat perlindungan ikan kelah untuk memelihara spesis ikan tempatan tersebut dan pengunjung di larang menangkap atau memancing ikan di Sungai Chiling.

 

Panduan ketika berada di Air Terjun Sungai Chiling:

1. Dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

2. Dilarang memasak atau BBQ di kawasan air terjun tetapi hanya dibenarkan memasak atau BBQ di kawasan tapak perkhemahan.

3.Bayaran masuk sebanyak RM1 seorang dan diwajibkan untuk merekod nama, waktu masuk dan keluar di pondok renjer yang disediakan.

4. Bagi beg plastik atau botol mineral yang hendak di bawa akan dikenakan deposit sebanyak RM3 setiap satu dan deposit akan dipulangkan apabila beg plastik atau botol mineral di bawa ke pondok renjer semula sebelum pulang.

5. Di kawasan perkhemahan ada disediakan kemudahan sepeti tandas, tempat mandi, surau dan pondok wakaf untuk berehat.

Sumber:http://www.eshamzhalim.com/santuari-ikan-sungai-chiling-kuala-kubu-bharu/

Nama Perniagaan Air Terjun Sungai Chiling
Pemilik Dikawalselia Jabatan Perikanan Negeri
Alamat Air Terjun Sungai Chiling, 55, 44000 Selangor
Nombor untuk dihubungi Encik Yusri : 0133089463
Emel  
Facebook https://www.facebook.com/pages/Chilling-Waterfall-Kuala-Kubu-Bharu/150004801724891
Koordinator (Timur 101 45.05' , Utara 03 35.71')

 

     

           Sumber : Swang-Swing.blogspot.my