ATV Offroad Kalumpang

ATV Offroad Kalumpang terletak di Kampung Gumut Kalumpang. Sekiranya anda keluar dari Plaza Tol Tanjung Malim, anda perlu memandu terus sehingga ke lampu isyarat dan belok kanan. Teruskan pemanduan anda arah ke Kuala Kubu Bharu / Rawang sehingga memasuki kawasan Kampung Gumut Kalumpang (bermula dari Klinik Kesihatan Kalumpang dan Pusat Internet 1Malaysia Kalumpang). Dalam anggaran 100 meter, sebelum tiba ke stesen minyak Caltex, anda perlu memasuki lorong kecil di sebelah kiri untuk sampai ke tapak ATV Offroad Kalumpang. Di seberang jalan kecil tersebut, terdapat pondok menunggu bas sebagai tanda arah.

Sekiranya anda memandu dari Rawang / Kuala Kubu Bharu, teruskan pemanduan anda sehingga menemui Stesen Minyak Caltex Kalumpang dan melepasi jambatan. Anda perlu membelok ke lorong kecil di sebelah kanan dan jadikan pondok menunggu bas sebagai tanda arah.

ATV Offroad Kalumpang menawarkan pengalaman menarik untuk mereka yang gemarkan cabaran dan aktiviti lasak. Kedudukannya di Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 300-750 meter di atas laut menyediakan panorama alam semulajadi yang menarik. Pengunjung akan dibawa oleh dua petugas mengikut pakej dan laluan yang anda pilih. Laluan yang ditawarkan bermula dari Base Camp (Kampung Gumut Kalumpang) ke Kolam Air Panas Kerling atau daripada Base Camp ke Mini Hydro dengan jarak 13km daripada Base Camp. Pakej berharga dari RM 150 ke RM 200 mengikut laluan pilihan.

Nama Perniagaan

ATV Offroad Kalumpang

Pemilik

 

Waktu Operasi

Isnin-Khamis : 10.00 pagi-5.00petang

Sabtu-Ahad   : 10.00 pagi-6.00petang

Alamat

Kampung Gumut Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Nombor untuk dihubungi

No. Tel Bimbit: 016-685 7434 / 012-915 1024 

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Sesawang

http://atvkalumpang.blogspot.com/ 

FB

https://www.facebook.com/ATVOffroadKalumpang