Kalumpang Grill & Steamboat

kgs3

 

Kalumpang Grill & Steamboat ini dimiliki oleh Kalumpang Resort & Training Centre. Restoran ini menyediakan sajian steamboat untuk pelanggan dengan konsep layan diri. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 
Dewasa            RM 25
Kanak-kanak     RM 10

 

Pada bulan Ramadan, Kalumpang Grill & Steamboat menawarkan promosi buffet steamboat dengan harga RM 20 seorang. Selain beroperasi di kawasan Kalumpang, restoran ini turut membuka cawangan di Seksyen 7, Shah Alam.

 

kgs6 kgs4 kgs5

 

Sup dan tomyam adalah antara hidangan yang disajikan bersama steamboat.  Terdapat beraneka jenis pilihan steamboat yang diletak di dalam peti sejuk antaranya udang, kerang, sotong, kepah, ketam, fishball, daging dan juga ayam. 

 

kgs7

 

Selain itu, restoran ini turut menawarkan hidangan sampingan seperti bubur nasi, mee goreng, nasi goreng, kuih-muih, kudap-kudapan serta pencuci mulut secara percuma dan boleh ditambah mengikut keperluan pengunjung.

 

Berikut merupakan maklumat berkenaan restoran ini:
 

Nama Restoran

Kalumpang Grill & Steamboat

Pemilik

Kalumpang Resort & Training Centre

Alamat

(Kalumpang)

 

 

 

(Shah Alam)

 

No. 1-6, Pusat Sukan Lasak, Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

 

 

Lot A-11-1, Jalan Lazuardi 7/1, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor (berada di Bangunan Worldwide)

Waktu Operasi

Setiap hari

Jam 4.00 petang – 12.00 tengah malam

Nombor untuk dihubungi (Kalumpang)

 

 

 

(Shah Alam)

                   

 

No. Tel. Bimbit: 019-262 0788 / 017-289 6942019-249 3114

No. Pejabat: 03-6049 1969

 

 

No. Tel. Bimbit: 019-226 1468 / 019-262 8788

No. Pejabat (Waktu Operasi: 03-5510 9145)

                  (Selepas Waktu Operasi: 03-5510 1387)

Laman Sesawang

http://kalumpangresort.com.my/Kalumpang-Grill-and-Steamboat.php

FB

https://www.facebook.com/pages/Kalumpang-Grill-Steamboat/266866720071410