The Mulberry Cottage Kitchen
Dahulunya restoran yang dimiliki Encik Al dan isterinya, Chef Rose ini dibuka di Taman Universiti, Tanjung Malim sebelum berpindah ke Kampung Keliang Kalumpang. Sekiranya pengunjung keluar dari Plaza Tol Tanjung Malim, pengunjung perlu memandu terus sehingga ke lampu isyarat, belok kanan dan terus memandu lurus arah ke Kuala Kubu Bharu/Rawang. Restoran ini terletak di sebelah kiri jalan, tidak jauh dari lampu isyarat tersebut. Tanda arah berhampiran ialah pusat cuci kereta.
Restoran barat ini dilatari dekorasi berkonsepkan dalam taman dan menawarkan citarasa hidangan ala ‘British Style Grills’. Menu yang ditawarkan bermula daripada menu bajet serendah RM 10 sehinggalah kepada menu hidangan mewah. Antara variasi hidangan yang popular ialah chicken chop, lamb / beef cube chop, oblong, nasi goreng, grilled chicken wing, basket burger, mee ketam, mee udang, sup gearbox hummer, lobster dan berbagai lagi.
Sumber: https://www.facebook.com/tmulberrycottagekitchen/
Namun seperti yang dimaklumkan melalui Facebook mereka, pada bulan September 2016 ini, pemilik restoran akan berpindah ke New Zealand dan restoran ini akan menutup operasi mereka. Pemilik tetap meneruskan operasi restoran ini dengan perubahan waktu operasi iaitu 3 hari seminggu sahaja berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, ia ditutup sementara bermula 1 Februari 2016 sehingga 14 Februari 2016 untuk kerja-kerja baikpulih.
Berikut merupakan maklumat berkenaan restoran ini:
Nama Restoran |
The Mulberry Cottage Kitchen |
Pemilik |
Encik Al dan isteri, Chef Rose |
Alamat |
No. 46, Jalan Besar, Kampong Keliang Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor. |
Waktu Operasi |
Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja Jam 6.00 petang – 1.00 pagi |
Nombor untuk dihubungi |
No. Tel. Bimbit:012-380 9188 012-651 9188 (Encik Al) |
E-mel |
- |
FB |