Kelamai / Gelamai

 

 Kelamai1   kelamai2

 

Kelamai / Gelamai merupakan makanan tradisi masyarakat *Rao atau Rawa yang sangat popular ketika sambutan lebaran. Ia merupakan kuih tradisi seakan-akan dodol dan menggunakan tepung pulut, gula merah, santan, kerisik, tahi minyak dan gula putih. Bahan adunan yang digunakan dipanggil ‘omei’.

 

Cara pembuatan Kelamai / Gelamai sama seperti membakar lemang, cuma buluh yang digunakan akan dibuang kulitnya terlebih dahulu. Buluh yang digunakan lebih besar dan ruasnya pendek berbanding buluh lemang. ‘Omei’ disediakan dengan mencampurkan beras pulut dengan gula merah sebelum dicampurkan dengan kerisik, tahi minyak dan gula putih. ‘Omei’ akan diperap terlebih dahulu selama tiga hari sebelum dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar dengan bara api sehingga masak.

 

* Etnik Rao atau Rawa merupakan suku bangsa Melayu yang mempunyai jalur keturunan dari Sumatera Barat dan mendiami kawasan Kalumpang melalui penghijrahan sekitar tahun 1867-1873.

 

Sumber: http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/MisteriEtnik_MelayuRawa/Article/print_html

 


 

The Mulberry Cottage Kitchen 

mulberry3

 

Dahulunya restoran yang dimiliki Encik Al dan isterinya, Chef Rose ini dibuka di Taman Universiti, Tanjung Malim sebelum berpindah ke Kampung Keliang Kalumpang. Sekiranya pengunjung keluar dari Plaza Tol Tanjung Malim, pengunjung perlu memandu terus sehingga ke lampu isyarat, belok kanan dan terus memandu lurus arah ke Kuala Kubu Bharu/Rawang. Restoran ini terletak di sebelah kiri jalan, tidak jauh dari lampu isyarat tersebut. Tanda arah berhampiran ialah pusat cuci kereta.

 

mulberry2

 

Restoran barat ini dilatari dekorasi berkonsepkan dalam taman dan menawarkan citarasa hidangan ala ‘British Style Grills’. Menu yang ditawarkan bermula daripada menu bajet serendah RM 10 sehinggalah kepada menu hidangan mewah. Antara variasi hidangan yang popular ialah chicken chop, lamb / beef cube chop, oblong, nasi goreng, grilled chicken wing, basket burger, mee ketam, mee udang, sup gearbox hummer, lobster dan berbagai lagi. 

bajetmeal Sumber: https://www.facebook.com/tmulberrycottagekitchen/

 

Namun seperti yang dimaklumkan melalui Facebook mereka, pada bulan September 2016 ini, pemilik restoran akan berpindah ke New Zealand dan restoran ini akan menutup operasi mereka. Pemilik tetap meneruskan operasi restoran ini dengan perubahan waktu operasi iaitu 3 hari seminggu sahaja berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, ia ditutup sementara bermula 1 Februari 2016 sehingga 14 Februari 2016 untuk kerja-kerja baikpulih.

 

Berikut merupakan maklumat berkenaan restoran ini:

Nama Restoran

The Mulberry Cottage Kitchen

Pemilik

Encik Al dan isteri, Chef Rose

Alamat

No. 46, Jalan Besar, Kampong Keliang Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Waktu Operasi

Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja

Jam 6.00 petang – 1.00 pagi

Nombor untuk dihubungi

No. Tel. Bimbit:012-380 9188

                       012-651 9188 (Encik Al)

E-mel

-

FB

https://www.facebook.com/tmulberrycottagekitchen/

 

 


 

Kalumpang Grill & Steamboat

kgs3

 

Kalumpang Grill & Steamboat ini dimiliki oleh Kalumpang Resort & Training Centre. Restoran ini menyediakan sajian steamboat untuk pelanggan dengan konsep layan diri. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 
Dewasa            RM 25
Kanak-kanak     RM 10

 

Pada bulan Ramadan, Kalumpang Grill & Steamboat menawarkan promosi buffet steamboat dengan harga RM 20 seorang. Selain beroperasi di kawasan Kalumpang, restoran ini turut membuka cawangan di Seksyen 7, Shah Alam.

 

kgs6 kgs4 kgs5

 

Sup dan tomyam adalah antara hidangan yang disajikan bersama steamboat.  Terdapat beraneka jenis pilihan steamboat yang diletak di dalam peti sejuk antaranya udang, kerang, sotong, kepah, ketam, fishball, daging dan juga ayam. 

 

kgs7

 

Selain itu, restoran ini turut menawarkan hidangan sampingan seperti bubur nasi, mee goreng, nasi goreng, kuih-muih, kudap-kudapan serta pencuci mulut secara percuma dan boleh ditambah mengikut keperluan pengunjung.

 

Berikut merupakan maklumat berkenaan restoran ini:
 

Nama Restoran

Kalumpang Grill & Steamboat

Pemilik

Kalumpang Resort & Training Centre

Alamat

(Kalumpang)

 

 

 

(Shah Alam)

 

No. 1-6, Pusat Sukan Lasak, Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

 

 

Lot A-11-1, Jalan Lazuardi 7/1, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor (berada di Bangunan Worldwide)

Waktu Operasi

Setiap hari

Jam 4.00 petang – 12.00 tengah malam

Nombor untuk dihubungi (Kalumpang)

 

 

 

(Shah Alam)

                   

 

No. Tel. Bimbit: 019-262 0788 / 017-289 6942019-249 3114

No. Pejabat: 03-6049 1969

 

 

No. Tel. Bimbit: 019-226 1468 / 019-262 8788

No. Pejabat (Waktu Operasi: 03-5510 9145)

                  (Selepas Waktu Operasi: 03-5510 1387)

Laman Sesawang

http://kalumpangresort.com.my/Kalumpang-Grill-and-Steamboat.php

FB

https://www.facebook.com/pages/Kalumpang-Grill-Steamboat/266866720071410

 


 

Restoran Hajjah Aisyah Beriyani Kambing


Senarai Lokasi Bazar Ramadhan

 

Senarai di bawah merupakan bazar ramadhan yang disediakan untuk penduduk membeli juadah berbuka:

1. Bazar Ramadhan berhampiran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jalan Cordner , Perak.

2. Bazar Ramadhan berhadapan dengan KFC Pekan Tanjung Malim, Jalan Haji Mustafa Raja Kamala, Perak.

3. Bazar Ramadhan berhadapan TF-Mart , Behrang 2020, Jalan Wawasan Mesra Perdana, Perak.

4. Bazar Ramadhan bersebelahan pam minyak Petron Ulu Bernam, Selangor.