SMK Kalumpang
smkk2
 

Kod Sekolah

BEA 5064

Alamat

SMK Kalumpang, Jalan Rumah Murah Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

No. Tel

03-60491676

No. Faks

03-60491629

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengetua

Puan Lan Rasni bt Talib

Guru Lelaki

24

Guru Wanita

22

Murid Lelaki

294

Murid Perempuan

307

Logo Sekolah

 smkk1

Sejarah

SMK Kalumpang telah dibina di atas tanah lombong yang telah ditimbus dan berkeluasan 97,452 persegi. Ia dibuka pada 25 Jun 1982 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah kerana mempunyai seramai 154 orang pelajar peralihan hingga tingkatan 3 sahaja dengan kekuatan 9 orang tenaga pengajar dan 4 orang pekerja.Pada tahun 1990 sebuah kelas tingkatan 4 Sastera diwujudkan.

 

Pada waktu itu, hanya terdapat 4 blok bangunan termasuk kantin,kelas Seni Perusahaan, 1 blok menempatkan pejabat, bilik guru dan beberapa buah bilik darjah serta1 blok bangunan lagi mengandungi bilik Pusat Sumber dan bilik darjah. Pengetua pertama ialah Encik Md. Haniff bin Taif.

                                                                 

SMK Kalumpang telah menerima tambahan bangunan tiga tingkat dan kini turut dilengkapi makmal Biologi, Kimia dan Fizik. Selain itu, makmal ICT turut dibina untuk menampung keperluan pembelajaran pelajar. Kemudahan surau turut disediakan selain  tempat letak kereta juga diperluas

Sumber