SK Kalumpang
skk3
 

Kod Sekolah

BBA 5011

Alamat

SK Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

No. Tel

03-60491866

No. Faks

03-60491866

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Guru Besar

Encik Hamzah bin Salleh

Guru Lelaki

8

Guru Wanita

44

Murid Lelaki

358

Murid Perempuan

294

Logo Sekolah

 skk1 

Warna dan Simbol

Perlambangan

Merah dan Kuning

Warna bendera Selangor

Putih

Sifat bersih dan jujur

Biru

Suasana aman dan makmur

Obor dan Buku

Aspek ilmu pengetahuan

Rantaian Bulatan

Kekuatan perpaduan

 

Lagu Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kalumpang
Tempat kita menambahkan ilmu
Ilmu suluh kemajuan
Cogan kata sekolah kita
Usaha itu tanda kejayaan
Membina kearah kesejahteraan
Kita harus berusaha
Masa depan kita berjaya
Jasa guru-guru
Kami tetap sanjungi
Berbakti kepada ibu pertiwi
Itulah cita-cita kami
Bahasa Malaysia asas perpaduan
Budaya murni membentuk insan
Arah kesempurnaan
Ilmu suluh kemajuan

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Kalumpang dibuka pada 4 Mac 1889 dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Kalumpang. Ia didirikan di tapak lamanya yang kini merupakan Pusat Giat MARA Kalumpang. Tenaga pengajar pada waktu itu seramai 2 orang sahaja dan Guru Besar pertama ialah Encik Mohd. Ali bin Minangkabau.

 

Sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1941, sekolah ini dijadikan Pusat Tentera Jepun. Bahasa Jepun juga telah diajar kepada pelajar.

 

Pada tahun 1946 sehingga 1954, ia dikenali sebagai Sekolah Latihan Kalumpang. Tenaga pengajarnya merupakan pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim yang menjalani latihan selama satu penggal.

 

Pada tahun 1954, ia dikenali pula sebagai Sekolah Umum Kalumpang. Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru terlatih namun masih menerima pelatih dari IPSI (MPSI bertukar status kepada IPSI).

 

Pada tahun 1962 barulah ia dikenali dengan Sekolah Kebangsaan Kalumpang. Pada tahun 1957, SKK telah berpindah ke tapak bangunan baru di kawasan Taman Titiwangsa (dahulunya dikenali sebagai kawasan Rumah Murah Kalumpang).

 

SKK dirasmikan pada 1980 oleh wakil Menteri besar Selangor, Encik Zainal bin Sakom. Sekolah ini turut dijadikan Pusat Latihan RELA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sumber