SELAMAT DATANG KE PORTAL PUSAT EKONOMI DIGITAL KALUMPANG
Pusat Ekonomi Digital Kalumpang
Pusat Ekonomi Digital Kalumpang merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan projek kerjasama di antara SKMM, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd bertujuan untuk membekalkan komuniti setempat khususnya masyarakat luar bandar dengan capaian internet jalur lebar selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua masyarakat tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Program ini dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) dan telah dimulai secara berperingkat sejak tahun 2013. Dahulunya, ia lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).
Di antara objektif penubuhan Pusat Ekonomi Digital Kalumpang adalah:
1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
3. Membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi melalui kemudahan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Kalumpang.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar selaras dengan hasrat kerajaan.
Pusat Ekonomi Digital Kalumpang
Pusat Ekonomi Digital Kalumpang mula beroperasi pada 22 Januari 2016 dan terletak di Balai Raya Kampung Gumut Kalumpang.
Keahlian Pusat Ekonomi Digital Kalumpang
BIL |
ITEM |
CAJ & TERMA DIKENAKAN |
1 |
Pendaftaran keahlian PEDi (seumur hidup) |
RM 5.00 - Percuma Kad Keahlian PEDi - Ahli perlu menggunakan kemudahan komputer/internet sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan. - Sekiranya Ahli tidak aktif melebihi 12 bulan, keahlian akan terbatal. |
2 |
Pengaktifan Ahli (Sekiranya tidak aktif selama 12 bulan) |
RM 3.00 |
Caj Penggunaan Komputer Sepanjang Waktu Operasi 9.00 pagi – 6.00 petang
BIL |
PENGGUNA |
CAJ / KADAR DIKENAKAN PER JAM |
1 |
Ahli |
RM 1.00 sejam (*Ahli Baru : PERCUMA SATU JAM penggunaan internet setiap hari selama 90 hari (3 bulan)) |
2 |
Bukan Ahli |
RM 2.00 sejam |
3 |
Pelajar |
PERCUMA satu jam - Berumur 20 tahun dan ke bawah; atau - Mempunyai kad pelajar (universiti dll) |
4 |
Warga Emas |
PERCUMA satu jam - Berumur 60 tahun ke atas |
5 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) |
PERCUMA satu jam - Perlu mengemukakan Kad OKU; atau - Atas budi baca Penyelia |
Penggunaan Lain - lain Peralatan di Pusat Ekonomi Digital Kalumpang
BIL |
ITEM |
MUKA SURAT |
AHLI |
BUKAN AHLI |
1 |
Mencetak (printing) *kertas A4 - Hitam Putih - Warna |
1
1
|
RM 0.20/Muka surat
RM1.50/Muka surat |
RM 0.50/Muka surat
RM2.00/Muka surat |
2 |
Fotokopi (photocopying) |
1 |
RM0.10/Muka surat |
RM 0.50/Muka surat |
3 |
Mengimbas (scanning) |
SEKEPING |
RM 0.10 |
RM 0.30 |
4 |
Laminasi (laminating) |
SAIZ A4 SAIZ IC |
RM 2.00 RM 1.00 |
RM 2.50 RM 1.50 |
5 |
Penjilidan (binding) |
Tape Comb bind |
||
6 |
Pengedar / Ejen Altel (Kad Sim & Tambah Nilai) |
Akan dimaklumkan kemudian |
||
7 |
Pengedar / Ejen Astro (Astro NJOI) |
Akan dimaklumkan kemudian | ||
8 |
Aksesori Smartphone & Komputer - Kabel USB
- Power Bank
- Monopod
- Plug 3 pin
|
Akan dimaklumkan kemudian |
||
9 |
Upah Menaip |
RM 2.00 per muka surat | ||
10 |
Burn CD |
Akan dimaklumkan kemudian | ||
11 |
Pemeriksaan Kesihatan - Tekanan Darah - BMI - Berat Badan |
Percuma - Data kesihatan Ahli PEDi Kalumpang akan disimpan dalam Aplikasi Dashboard |
||
12 |
Pinjaman Tablet |
Percuma (Ahli PEDi Kalumpang) - Pinjaman tertakluk terma & syarat. |
Pusat Ekonomi Digital Kalumpang turut menyediakan program - program berikut kepada masyarakat sekitar mengikut jadual yang telah disusun oleh petugas :
BIL |
PROGRAM |
CAJ / KADAR DIKENAKAN |
1 |
Latihan ICT (Asas) |
PERCUMA kepada Ahli - Sijil Komputer & ICT disediakan secara percuma |
2 |
Latihan Keusahawanan (Asas) |
PERCUMA kepada Ahli |
3 |
Latihan Kemahiran Sahsiah dan STEM-IoT (Asas) |
PERCUMA kepada Ahli |