Usahawan Telekung Homemade
Puan Rosdalilah adalah seorang usahawan Telekung Homemade sejak tahun 2015.
Sebelum adanya PI, beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT serta hanya mengetahui pengenalan asas dalam menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu dengan adanya ilmu ICT ini membolehkan beliau untuk berniaga secara online dan dapat mempromosikan produk dengan langkah yang mudah di laman sosial seperti facebook, blog dan juga email. Dengan penggunan ICT, ia memudahkan perniagaan beliau terutama dari segi penerimaan tempahan.
Puan Rosdalilah mula mengikuti kursus asas komputer untuk menambahkan lagi kemahiran serta ilmu dalam penggunaan komputer dengan lebih baik. Beliau juga mengikuti Latihan Keusahawanan di PI. Dengan latihan yang di terima, beliau dapat belajar cara-cara mempromosikan produk-produk kepada pelanggan dengan langkah yang mudah dan berkesan seperti di Instagram, facebook, dan ini membantu beliau menerima tempahan daripada pelanggan secara meluas diseluruh negeri. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan perbankan secara online, urusan perniagaan beliau jadi semakin mudah dan pendapatan yang diperoleh juga turut meningkat dari jumlah pendapatan yang sebelum ini. Kemudahan di Pusat Internet ini amat memudahkan urusan perniagaan beliau dengan pelanggan.
Nama Perusahaan |
Telekung Homemade |
Rosdalilah Muhamad |
Pengarah Urusan |
||
Alamat |
- |
Kg Pasir Putih, Kalumpang |
Nombor untuk dihubungi |
- |
Tel: 01133736641 |
E-mel |
- |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Blog |
http://www.damiamieyaenterprise.com.my |
Pn Rosdalilah mengikuti latihan di PI Produk
Usahawan Makanan Sejuk Beku Dan Kuih Muih
Puan Roswati merupakan suri rumah sepenuh masa yang berminat dalam penghasilan makanan sejuk beku dan kuih muih. Sebelum penglibatan, Puan Roswati mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kalumpang, beliau telah dapat meluaskan perniagaan melalui medium media sosial dan whatsapp.
Nama Perusahaan |
Makanan Sejuk Beku & Kuih Muih |
Roswati Binti Kastawi |
Pengarah Urusan |
||
Alamat |
- |
Taman Tempua Bestari,
Kalumpang, Selangor.
|
Nombor untuk dihubungi |
- |
Tel: 019-2406825 |
E-mel |
- |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Blog |
- |
Pn Roswati di Kursus e-Usahawan Produk
Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd
Syarikat Zaimah Frozen Industries Sdn Bhd merupakan syarikat makanan sejuk beku yang dimiliki oleh pasangan suami isteri Tuan Haji Idris bin Haji Yusof dan Puan Hajjah Zaimah binti Nordin. Ia didaftarkan pada 1 Januari 1996. Pada mulanya pemilik syarikat ini hanya berniaga roti putar (boom) dan roti canai di gerai sahaja sekitar tahun 1995 sebelum membuka syarikat makanan sejuk beku. Pada waktu itu, jualan hanya kepada saudara mara dan penduduk kampung sahaja.
Puan Hajjah Zaimah mengorak langkah untuk mempelopori industri sejuk beku yang pada ketika itu belum lagi diterokai oleh usahawan Bumiputera. Beliau melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang penyediaan makanan sejuk beku dengan mengikuti bengkel anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan mendapat bimbingan lanjutan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) pada penghujung tahun 1996.
Antara produk sejuk beku keluaran Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd selain roti canai segera dan roti putar (boom) segera ialah roti jala dan roti putar coklat cip. Produk – produk ini mula dipasarkan di pasar mini, kedai-kedai runcit dan melalui orang perseorangan sehinggalah memasuki pasar raya Mydin dan Giant di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Tanjung Malim. Malahan mereka telah membekalkan produk keluaran syarikat ini kepada MAS Catering untuk penerbangan domestik dan haji selain telah Berjaya menembusi pasaran luar Negara iaitu Brunei.
Selain itu syarikat ini telah mendapat pengiktirafan Skim Pensijilan Amalan Perkilangan Baik (Good Manufacturing Practices) atau GMP untuk kilang mereka yang beroperasi di Hub Halal Melaka. Dari segi pembungkusan, syarikat ini berjaya menghasilkan jenama pembungkusan sendiri iaitu Zaimah Frozen Foods.
Nama Perusahaan |
Zaimah Frozen Foods Enterprise |
Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd |
Pengarah Urusan |
Fuad bin Shukor |
|
Alamat |
Lot 143, Blok C, Pusat Industri Halal Serkam, 77300 Jasin, Melaka |
Lot 108, Kampung Gumut Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor |
Nombor untuk dihubungi |
Tel :06-2633522 / 019-3307955 Faks: 06-2633521 |
Tel: 03-60492092 |
E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
|
Blog |
Fuad Bin Shukor Produk
Sumber:
- http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
- http://www.hdcglobal.com/publisher/melaka_zaimah
Usahawan Produk Redlife Lexee Sdn Bhd
Puan Siti Zaharah merupakan salah seorang pengedar, penjual dan mempromosikan produk Redlife Lexee. Produk Redlife Lexee merupakan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan semulajadi dengan campuran herba-herba asli dan nano infrared. Puan siti Zaharah telah menjadi agent menjual Produk Redlife Lexee selama setahun setengah.
Selepas penggunaan dan pembelajaran ICT di Pusat Internet Kalumpang, promosi dan pemasaran produk dapat dijalankan secara meluas melaluai media sosial seperti Facebook. Urusan jual beli dan pengiklanan juga dapat dilakukan dengan lebih meluas dan mudah.
Nama Perusahaan |
Redlife Lexee Sdn Bhd |
Siti Zaharah Binti Haji Abdul Mutalib |
Pengarah Urusan |
|
|
Alamat |
Unit 5, Ground Floor, Kompleks Sempilai, Jalan Sempilai, 13700 Seberang Jaya, Penang, Malaysia. |
Lorong 2, Kampung Pasir Putih, Kalumpang, Hulu Selangor. |
Nombor untuk dihubungi |
Tel : 04 -3999339 |
Tel: 019-3874960 |
E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Blog |
Siti Zaharah Bt Haji Abdul Produk Redlife Lexee
Mutalib
Usahawan Produk Makanan (Popia Goreng, Popia Basah, Popia Sambal dan Nasi Campur + Minuman)
Puan Norizah @ Noriah binti Musa merupakan usahawan bagi produk Popia Goreng, Popia Basah, Popia Sambal dan Nasi Campur + Minuman. Produk ini dihasilkan sendiri di rumah seoran diri. Pasaran adalah terdiri daripada individu, kedai, pejabat dan lain-lain. Pada mulanya berniaga kecil-kecilan di depan rumah sebelum mula menerima tempahan daripada individu untuk majlis tertentu. Setelah mempelajari ilmu ICT, mula mempromosikan secara online melalui FB dan Whatsapp dan membuat penghantaran di kawasan berdekatan.
Nama Perusahaan |
Produk makanan |
Norizah 2 Noriah Binti Musa |
Pengarah Urusan |
- | |
Alamat |
- |
PT 977 Rumah Murah Peringkat 2, 35900 Hulu Bernam, Selangor |
Nombor untuk dihubungi |
- |
Tel: 013-4978387 |
E-mel |
- |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Blog |
Laporan Kisah Kejayaan beliau : Kisah Kejayaan Puan Noriah Musa
Dari kanan Puan Norizah @ Noriah Bt Musa Produk Makanan : Popia Sambal